Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 80 Peratus Pelaku Jenayah Seksual Dikenali Mangsa

Published: 17 Nov 2019 1.19 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kira-kira 80 peratus kes jenayah amang seksual fizikal yang berlaku kepada kanak-kanak di negara ini membabitkan individu terdekat dengan mereka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-80-peratus-pelaku-jenayah-seksual-dikenali-mangsa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:26 MYT

Kuala Lumpur, 17 November 2019 - Kira-kira 80 peratus kes jenayah amang seksual fizikal yang berlaku kepada kanak-kanak di negara ini membabitkan individu terdekat dengan mereka.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DSP Noor Asyikin Shamsuri berkata, ia turut membabitkan orang dikenali seperti guru iaitu antara golongan yang rapat dan dipercayai mangsa.

Jelas beliau, jenayah amang seksual yang berlaku kepada kanak-kanak tidak boleh dipandang remeh kerana trauma emosi dan kesannya terpaksa ditanggung mangsa sepanjang hidup mereka.

"Peranan ibu bapa penting kerana mereka boleh mengesan sebarang perubahan tingkah laku anak mereka dan jangan abaikan aduan anak sekiranya mereka mengadu mengenai sesuatu," katanya.

Tambah beliau lagi jika ada kelainan kelakuan kanak-kanak, ibu bapa perlu bertindak segera dan jangan mengabaikan perubahan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Keratan Akhbar Pilihan 80 Peratus Pelaku Jenayah Seksual Dikenali Mangsa

ArticlePublished 17 Nov 2019 1.19 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM