
Artikel
Fun Ride Bersama Pengarah Pengurusan Pdrm Pupuk Budaya Hidup Sihat
Sebagai memupuk budaya hidup sihat berkonsepkan 'Trim & Fit', Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu telah mengadakan program 'Fun Ride bersama Pengarah Penguru...
Sebagai memupuk budaya hidup sihat berkonsepkan 'Trim & Fit', Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu telah mengadakan program 'Fun Ride bersama Pengarah Pengurusan PDRM', semalam.
Program kayuhan sejauh 18 kilometer yang turut disertai oleh Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Abd Rahim Jaafar tersebut antara lainnya untuk memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan antara PDRM dan orang awam.