Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 78 000 Diburu Polis Terlibat Dalam Jenayah Dadah Dan Penipuan Kpn 20210127

Published: 27 Jan 2021 2.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 27 Januari 2021 - Seramai 78,026 individu berada dalam senarai orang dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat dalam pelbagai jenayah dengan sebahagian besarnya berkaitan dadah dan penipuan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-78-000-diburu-polis-terlibat-dalam-jenayah-dadah-dan-penipuan-kpn-20210127
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:43 MYT
Kuala Lumpur, 27 Januari 2021 - Seramai 78,026 individu berada dalam senarai orang dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat dalam pelbagai jenayah dengan sebahagian besarnya berkaitan dadah dan penipuan.

Sebahagian daripada individu berkenaan dipercayai masih berada di negara ini. Polis juga percaya ada yang individu yang diburu telah melarikan diri ke luar negara.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, kesalahan paling tinggi yang membabitkan penjenayah paling dikehendaki adalah membabitkan jenayah narkotik, sekali gus menjadikan masalah dadah serius di negara ini.

Katanya, sebanyak 43,172 orang terdiri daripada ahli sindiket dadah dan juga penagih diburu. Dalam pada itu kata Tan Sri Abdul Hamid, sebanyak 18,497 orang pula adalah mereka yang diburu membabitkan kesalahan jenayah komersil termasuk suspek penipuan dan pengubahan wang haram.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.
May be an image of 1 person and text that says '78,000 diburu polis Darimuka1 43,172 penagih Statistik orang dikehendaki mengikut jabatan sehingga 2020 JAB
 
 
ArticlePublished 27 Jan 2021 2.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM