
Artikel
Waragainstdrugs Update Keratan Akhbar Pilihan Ketua 4 Ahli Sindiket Dadah Terbesar Kena Dakwa
Johor Bahru, 27 Januari 2021 - Ketua sindiket dadah terbesar negara dan empat lagi ahli sindiket itu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas 18 pe...
Johor Bahru, 27 Januari 2021 - Ketua sindiket dadah terbesar negara dan empat lagi ahli sindiket itu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas 18 pertuduhan mengedar dadah, awal bulan lalu.
Lima tertuduh berkenaan membabitkan ketua sindiket, Goh Chee Kuang, 44 tahun dan teman wanitanya, Lee Chia Hui, 33 tahun serta Bally Paw Shaw Kiat, 38 tahun dan dua beradik, Lye Chang Pung, 39 tahun serta Lye Chang Lim, 36 tahun, tetapi tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Puan Nurmadiana Mamat.
Chee Kuang, Chia Hui dan Chang Lim masing-masing menghadapi tiga pertuduhan, manakala Chang Pung berdepan lima pertuduhan serta empat pertuduhan bagi Shaw Kiat.
Mereka secara bersama didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar beberapa jenis dadah berbahaya termasuk Ketamin dan Methamphetamine seberat antara 102 gram hingga 210 kilogram serta sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.
Sumber:
Berita Harian Online