Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 531 Kanak Kanak Jadi Mangsa Dera

Published: 01 Dec 2022 3.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 1 Disember 2022 - Seramai 531 kanak-kanak dilaporkan menjadi mangsa dera di seluruh negara bagi tempoh lapan bulan pada tahun ini sejak Januari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-531-kanak-kanak-jadi-mangsa-dera
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:07 MYT
Kuala Lumpur, 1 Disember 2022 - Seramai 531 kanak-kanak dilaporkan menjadi mangsa dera di seluruh negara bagi tempoh lapan bulan pada tahun ini sejak Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 302 orang merupakan kanak-kanak lelaki manakala 229 orang pula kanak-kanak perempuan.

Menurutnya, berdasarkan statistik setakat Ogos itu, kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 201 orang. “Kanak-kanak berusia di bawah setahun adalah kedua tertinggi iaitu 145 orang, diikuti kelas umur tujuh hingga 12 tahun (119 orang), 13 hingga 15 tahun (49 orang) dan 16 hingga 18 tahun (17 orang),” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian.

Ikuti kupasan lanjut bersama Pengarah JSJ, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkenaan kes penderaan kanak-kanak bagi tempoh Januari hingga Ogos 2022 menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 01 Dec 2022 3.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM