
Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Pm
Putrajaya, 1 Disember 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, pagi tadi.
Kunjungan yang turut dihadiri oleh Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain bersama barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia yang julung kali diadakan selepas pelantikan Dato’ Seri Anwar sebagai PM ke-10 pada 24 November lalu.
Pertemuan yang diadakan hampir dua jam itu membincangkan isu-isu semasa dan taklimat berhubung keselamatan negara.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Noorsiah Mohd Saaduddin.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Abidin, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.