Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 50 Laluan Tikus Seludup Pati Dikesan Ppm

Diterbitkan: 16 Feb 2022 3.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Laluan tikus itu dikesan PPM Wilayah Satu ketika melakukan rondaan dan pemantauan di perairan Klang, Selangor hingga ke Hutan Melintang, Perak sejak Januari lalu menerusi Op Khas sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-50-laluan-tikus-seludup-pati-dikesan-ppm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:08 MYT
Georgetown, 16 Februari 2022 - Pasukan Polis Marin (PPM) mengesan 50 'laluan tikus' di perairan Selangor dan Perak yang digunakan sindiket penyeludupan untuk membawa masuk pendatang tanpa izin (PATI) dari Indonesia sejak awal bulan lalu.

Laluan tikus itu dikesan PPM Wilayah Satu ketika melakukan rondaan dan pemantauan di perairan Klang, Selangor hingga ke Hutan Melintang, Perak sejak Januari lalu menerusi Op Khas sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Sindiket itu juga didapati melakukan operasi haram mereka pada waktu malam selain menggunakan laluan jauh daripada pangkalan agensi penguatkuasaan bagi mengelak kegiatan mereka dikesan.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Tuan Shamsol Kasim berkata, kawasan perairan itu dijadikan laluan tikus oleh sindiket kerana ia berdekatan dengan Indonesia dan hanya mengambil masa empat hingga lima jam untuk sampai dengan bot selain kedudukannya jauh dari pangkalan utama PPM.

"Kawasan PPM Wilayah Satu merangkumi perairan dari Langkawi, Kedah hingga ke Selangor dan hasil pemantauan kami mendapati laluan tikus yang menjadi pilihan sindiket itu ialah dari perairan Klang dan Sabak Bernam, Selangor hingga ke Hutan Melintang, Perak dengan pendaratan warga asing bermula dari 9 malam hingga 3 pagi," katanya pada sidang media di Pejabat PPM, Batu Uban di sini, semalam.

"PPM sudah meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan di kawasan yang dikesan menjadi laluan tikus serta lokasi lain bagi mengekang kemasukan pendatang asing ke negara kita," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

Keratan Akhbar Pilihan 50 Laluan Tikus Seludup Pati Dikesan Ppm

May be an image of 1 person, standing and text


ArtikelDiterbitkan 16 Feb 2022 3.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM