
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Biar Tercalar Dahi Jangan Imej Vat 69 Tercalar
Terus memberi khidmat bakti kepada masyarakat dalam pelbagai keadaan. Tidak kiralah ia melibatkan operasi mencari, mengesan dan menyelamat sama ada melibatkan...
Terus memberi khidmat bakti kepada masyarakat dalam pelbagai keadaan. Tidak kiralah ia melibatkan operasi mencari, mengesan dan menyelamat sama ada melibatkan pencarian bahan bukti, orang hilang dan lain-lain, di permukaan air atau dasar laut kerana semuanya itu ada kaitan dengan kemahiran selam skuba.
Untuk itu, Unit 69 Komando (VAT 69) Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah merasakan ilmu serta kemahiran selam skuba dimiliki selama ini sudah mencukupi.
Terbaharu lima anggota VAT 69 menjalani latihan selam penyelamat awam (public safety). Ia adalah suatu kemahiran yang memang jarang sekali dimiliki oleh penyelam orang awam.
Ikuti wawancara khas Utusan Malaysia bersama Pengerusi Persatuan Profesional Selam Penyelamat Awam Malaysia, Ustaz Muhamad Abdullah yang berkongsi pengalaman beliau mengendalikan latihan selam skuba penyelamat awam (public safety) kepada para anggota VAT 69 bagi memantapkan kemahiran mereka ketika terlibat dalam operasi menyelamat.
