
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Lebih 65 000 Warga Tempatan Sanggup Dijadikan Keldai Akaun
Persoalan itu timbul apabila puluhan ribu rakyat negara ini dikesan dieksplotasi oleh pelbagai sindiket penipuan bagi 'melancarkan' aktiviti memindahkan wang h...
Adakah cetek akal atau sengaja merelakan diri dipergunakan sindiket penipuan untuk tujuan jenayah terancang?
Persoalan itu timbul apabila puluhan ribu rakyat negara ini dikesan dieksplotasi oleh pelbagai sindiket penipuan bagi 'melancarkan' aktiviti memindahkan wang haram atau wang hasil penipuan membabitkan jumlah jutaan ringgit.
Ini terbukti apabila rekod polis menunjukkan lebih 65,000 individu warga tempatan sanggup dijadikan 'keldai akaun' sejak tiga tahun lalu dan angkanya terus meningkat.
Setakat ini Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti sebanyak 109,289 akaun bank terbabit sebagai 'akaun penjenayah' bagi tempoh 2019 hingga 31 Oktober tahun lalu.
Ikuti wawancara khas yang dijalankan oleh wartawan Nurul Hidayah Bahaudin bersama Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi JSJK, SAC Tuan Willie Richard mengupas isu penglibatan warga tempatan dalam sindiket penipuan menjadi 'keldai akaun', seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

