Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 47 928 Individu Dikehendaki Polis

Published: 20 Mar 2022 1.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 20 Mac 2022 - Sering menukar alamat dan menggunakan maklumat palsu antara taktik digunakan pesalah-pesalah warganegara Malaysia yang berada dalam senarai dikehendaki Polis Diraja Malaysia untuk mengelak diri mereka daripada dikesan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-47-928-individu-dikehendaki-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:15 MYT
Petaling Jaya, 20 Mac 2022 - Sering menukar alamat dan menggunakan maklumat palsu antara taktik digunakan pesalah-pesalah warganegara Malaysia yang berada dalam senarai dikehendaki Polis Diraja Malaysia untuk mengelak diri mereka daripada dikesan.

Berbeza pula bagi warganegara asing, pesalah-pesalah ini agak sukar dikesan polis kerana menggunakan pasport palsu selain maklumat yang diperoleh tidak lengkap seperti alamat kediaman.

Mengakui keadaan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato' Sri Abd. Jalil Hassan memberitahu Utusan Malaysia, berdasarkan statistik, sebanyak 47,928 warganegara ini dan warga asing disenaraikan sebagai individu dikehendaki sejak 2017 sehingga Februari lalu.

Mengulas lebih lanjut, kata Dato' Sri Abd. Jalil, berdasarkan statistik dalam tempoh lima tahun itu juga, trend mereka yang berada di dalam senarai dikehendaki menunjukkan penurunan.

Menurut beliau, penurunan itu disebabkan operasi khas yang dijalankan JSJ untuk mengesan mereka dikehendaki ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 2020 sehingga kini.

Kata beliau, operasi khas yang dijalankan itu dilakukan menerusi sekatan jalan raya di seluruh negara selain mengenal pasti lokasi-lokasi keberadaan pesalah-pesalah ini.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 20 Mar 2022 1.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM