Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 37 Maut Angkara Lawan Arus Pengarah Jspt

Published: 23 Jun 2023 2.53 AM Updated: 15 Aug 2026 8.25 PM
Shah Alam, 23 Jun 2023 - Kesalahan melibatkan lawan arus bukan satu kejadian baharu di negara ini, malah ia melibatkan kehilangan nyawa serta kecacatan kekal seumur hidup.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-37-maut-angkara-lawan-arus-pengarah-jspt
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:28 MYT
Shah Alam, 23 Jun 2023 - Kesalahan melibatkan lawan arus bukan satu kejadian baharu di negara ini, malah ia melibatkan kehilangan nyawa serta kecacatan kekal seumur hidup.
Tindakan dan penguatkuasaan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa dilaksanakan bagi memastikan ia tidak berulang, namun tampaknya tidak memberikan perasaan takut kepada pelaku tegar ini.
Mengikut statistik PDRM, sebanyak 37 kemalangan maut akibat kesalahan pemanduan lawan arus direkodkan sepanjang tahun ini sehingga 18 Jun lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata, jumlah kemalangan direkodkan akibat lawan arus bagi tempoh yang sama pula ialah 1,350 kes.
“Kesemua pengguna jalan raya wajib mematuhi peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan.
“Menunggang atau memandu melawan arus ialah perbuatan yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
“Penguatkuasaan dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 seperti Seksyen 41(1) iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan, Seksyen 42(1) iaitu memandu secara melulu dan membahayakan, Seksyen 43(1) iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa,” katanya kepada Sinar Harian.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 23 Jun 2023 2.53 AMUpdated 15 Aug 2026 8.25 PM