
Artikel
Kpn Tan Sri Razarudin Mulakan Tugas Rasmi Di Bukit Aman
Kuala Lumpur, 23 Jun 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini memulakan tugas rasmi beliau di Bukit Aman, di sini.
Kuala Lumpur, 23 Jun 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini memulakan tugas rasmi beliau di Bukit Aman, di sini.
Kenderaan rasmi yang membawa beliau tiba di pintu masuk utama Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah diberikan "Guard Turn Out" oleh Cawangan Kem Komandan, Bukit Aman pada pukul 8.00 pagi.
Tan Sri Razarudin yang segak mengenakan uniform lengkap Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia kemudiannya telah disambut oleh Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin bersama barisan Ketua Urus Setia KPN di Lobi Menara 1.
Beliau seterusnya diiringi ke tingkat 31, sebelum menandatangani dokumen memulakan tugas, diikuti bacaan doa selamat di pejabatnya yang dipimpin oleh Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, ACP Mohd Zakarim Abdullah @ Zakaria.
Tan Sri Razarudin menggalas jawatan sebagai KPN ke-14 berkuatkuasa semalam, selepas Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menjalani persaraan.
Jurugambar: Sarjan Aslam Sir Khan Fairuz Khan dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.







