
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan 15 Pos Pga Balai Polis Dinaiki Air
Semua pos PGA dan balai polis berkenaan dinaiki air pada paras 0.3 meter sehingga 2.5 meter.
Kota Bharu, 18 Disember 2023 - Sebanyak 15 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) dan satu balai polis di Rantau Panjang dinaiki air, susulan gelombang kedua banjir yang melanda Kelantan sejak Khamis lalu.
Semua pos PGA dan balai polis berkenaan dinaiki air pada paras 0.3 meter sehingga 2.5 meter.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Harun, berkata balai polis yang dinaiki air adalah Balai Polis Rantau Panjang iaitu setinggi 0.3 meter.
“Sebanyak 15 pos PGA di Op Taring Wawasan yang terbabit banjir adalah Pos PGA Terusan, Pak Teh Kana, Salleh Berek, Pak Atah, Syarifah dan Ibrahim Pencen.
“Selain itu, ia turut membabitkan Pos PGA Kaloi, Wakaf Zain, Pulau, Kubang Pak Hitam, Mek Gombak, Haiwan, Pintas Serongga, Bukit Lata dan Pintas Jejawi.
“Semua pos PGA dan Balai Polis Rantau Panjang itu dinaiki air pada paras 0.3 meter hingga 2.5 meter," katanya menerusi kenyataan media di sini, semalam.