Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan 15 Pos Pga Balai Polis Dinaiki Air

Published: 18 Dec 2023 3.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Semua pos PGA dan balai polis berkenaan dinaiki air pada paras 0.3 meter sehingga 2.5 meter.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-15-pos-pga-balai-polis-dinaiki-air
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:10 MYT
Kota Bharu, 18 Disember 2023 - Sebanyak 15 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) dan satu balai polis di Rantau Panjang dinaiki air, susulan gelombang kedua banjir yang melanda Kelantan sejak Khamis lalu.

Semua pos PGA dan balai polis berkenaan dinaiki air pada paras 0.3 meter sehingga 2.5 meter.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Harun, berkata balai polis yang dinaiki air adalah Balai Polis Rantau Panjang iaitu setinggi 0.3 meter.

“Sebanyak 15 pos PGA di Op Taring Wawasan yang terbabit banjir adalah Pos PGA Terusan, Pak Teh Kana, Salleh Berek, Pak Atah, Syarifah dan Ibrahim Pencen.

“Selain itu, ia turut membabitkan Pos PGA Kaloi, Wakaf Zain, Pulau, Kubang Pak Hitam, Mek Gombak, Haiwan, Pintas Serongga, Bukit Lata dan Pintas Jejawi.

“Semua pos PGA dan Balai Polis Rantau Panjang itu dinaiki air pada paras 0.3 meter hingga 2.5 meter," katanya menerusi kenyataan media di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian

May be an image of body of water and text that says '15 pos PGA, balai polis dinaiki air Bharu: Sebanyak GA) Panjang susulan gelombang Taring Wawasan yang
ArticlePublished 18 Dec 2023 3.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM