Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kepulangan Misi Pengaman Unamid

Diterbitkan: 12 Jun 2014 8.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
"Sebagai duta kecil, PDRM dan juga kerajaan, merasa bangga kerana tuan-tuan telah mengharumkan nama pasukan dan negara dengan memberikan khidmat dan sumbangan yang terbaik kepada salah sebuah negara y..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kepulangan-misi-pengaman-unamid
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:36 MYT

Kepulangan Misi Pengaman UNAMID
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan

Sepang,13 Disember 2013 - "Ketua Polis Negara dan seluruh warga PDRM mengalu-alukan kepulangan tuan-tuan ke tanah air pada petang ini, melaksanakan tanggungjawab yang penting bagi menyahut seruan antarabangsa untuk membawa keamanan dan kesejahteraan di negara Sudan", ucap YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) ketika membaca teks ucapan mewakili Ketua Polis Negara.

"Sebagai duta kecil, PDRM dan juga kerajaan, merasa bangga kerana tuan-tuan telah mengharumkan nama pasukan dan negara dengan memberikan khidmat dan sumbangan yang terbaik kepada salah sebuah negara yang bergolak di dunia ini, demi keamanan sejagat", tambah beliau lagi.

Seramai 22 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia yang menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di United Nations African Union Mission In Darfur (UNAMID), diketuai oleh DSP Shaharuddin bin Abdullah telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Mereka telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tempoh 15 bulan berada di Darfur, mulai 12 September 2012 hingga 12 Disember 2013.

Sehingga kini, seramai 26 orang lagi pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia masih berkhidmat di Darfur Sudan dan Republik Selatan Sudan.

Turut menyambut kepulangan mereka ialah Superintenden Che Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM, Deputi Superintenden Muhamad Nor Abidin bin Jusoh, Timbalan Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM serta Pegawai Kanan PDRM.

Kepulangan Misi Pengaman Unamid
Kepulangan Misi Pengaman Unamid
Kepulangan Misi Pengaman Unamid
Kepulangan Misi Pengaman Unamid
Kepulangan Misi Pengaman Unamid
YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali menyambut kepulangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dari Darfur, Sudan.

Kepulangan Misi Pengaman Unamid
Bersama Superintenden Che Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM, Deputi Superintenden Muhamad Nor Abidin bin Jusoh, Timbalan Ketua Pegawai Turus Istiadat PDRM.

Kepulangan Misi Pengaman Unamid
Kepulangan Misi Pengaman Unamid
Kepulangan Misi Pengaman Unamid
Sekitar majlis di Bilik VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kepulangan Misi Pengaman Unamid
Ucapan oleh YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan)

Kepulangan Misi Pengaman Unamid
Ucapan  oleh DSP Shaharuddin bin Abdullah

Kepulangan Misi Pengaman Unamid
Cenderahati kepada YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali

Kepulangan Misi Pengaman Unamid
Bergambar kenangan...

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 8.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM