Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kepimpinan Berwibawa Menerajui Perubahan

Diterbitkan: 12 Jun 2014 8.33 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.31 PM
Kuala Lumpur,16 Disember 2013 – “Kepimpinan merupakan suatu keperluan yang penting dalam membina kekuatan organisasi PDRM terutamanya dalam memimpin organisasi kita ke arah menuju dan mencapai matlama..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kepimpinan-berwibawa-menerajui-perubahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:49 MYT
Kuala Lumpur,16 Disember 2013 – “Kepimpinan merupakan suatu keperluan yang penting dalam membina kekuatan organisasi PDRM terutamanya dalam memimpin organisasi kita ke arah menuju dan mencapai matlamat yang ingin dicapai bersama”, ucap Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara, ketika merasmikan Persidangan PJP/KP/Komander dan Komandan Bilangan 2/2013 di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur pagi tadi.
 
“Dengan era tranformasi masa kini, maka gaya kepimpinan kita juga perlu berubah kepada kepimpinan berkesan, ke arah menekankan kepada konsep kerja sepasukan, mewujudkan iklim kerja yang kondusif serta menggalakkan penglibatan subordinat dalam membuat keputusan bagi kebaikan organisasi dan mengamalkan cara baru dalam memimpin organisasi”, tambah beliau lagi. 

Sejak memegang tampuk kepimpinan PDRM, Ketua Polis Negara selalu menyentuh tentang tiga cabaran yang perlu diberikan keutamaan oleh PDRM masa kini iaitu ketenteraman awam, dimana pendekatan yang diambil dalam menangani ketenteraman awam akan diambil dengan cara lebih menghormati hak-hak asasi manusia. Had-had ini tidak boleh dilampaui dan PDRM akan menguatkuasakan apa juga undang-undang berkaitan dengan perhimpunan-perhimpunan yang menyalahi undang-undang mengikut akta yang ada.

Cabaran kedua pula ialah menangani jenayah dengan mengadakan pelan tindakan pencegahan jenayah yang berkesan daripada pelbagai inisiatif seperti penubuhan Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) dan Pelancaran Op Cantas Khas serta menguna pakai inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu menjalankan kolaborasi strategik antara PDRM dengan ‘stakeholder- stakeholder’ dan masyarakat sendiri dalam menangani jenayah.

Cabaran ketiga ialah integriti warga PDRM sendiri di mana PDRM akan melihat kembali peranan dan fungsi-fungsi Bahagian Tatatertib dalam PDRM yang mungkin perlu diperkemas dan diperbesarkan serta bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Integriti Penguatkuasaan Malaysia serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) untuk mencari kaedah terbaik meningkatkan integriti anggota.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Ketua Polis Negara berharap semua pihak berfikir dan bertindak secara selari atau ‘on the same page’ untuk memastikan PDRM tetap relevan dan diterima oleh masyarakat negara ini, dapat saling ingat-mengingatkan akan amanah yang perlu dipikul dan di bawah tanggungjawab serta bergerak seiiring dan sejalan, susah atau senang, tawa atau duka, bersama-sama mengorak langkah ke satu PDRM yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Di persidangan ini juga, beberapa taklimat berkenaan beberapa isu penting terutamanya berkaitan pelan hala tuju PDRM dan isu keselamatan serta jenayah juga telah dibentangkan.

Sempena persidangan itu juga, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara telah merasmikan Bas Pameran Bergerak PDRM dari Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) yang dicetuskan oleh Dato’ Wira Ayob bin Haji Yaakob, Pengarah JJPJ. 

Tujuan utama bas bergerak ini adalah untuk mempromosikan kejayaan keberhasilan perlaksanaan Program NKRA yang telah dilaksanakan dan merupakan salah satu elemen pencegahan melalui pencegahan jenayah bergerak dalam memberi penerangan dan kesedaran jenayah kepada masyarakat.
 
Kepimpinan Berwibawa Menerajui Perubahan

Kepimpinan Berwibawa Menerajui Perubahan

Kepimpinan Berwibawa Menerajui Perubahan

Kepimpinan Berwibawa Menerajui Perubahan

Kepimpinan Berwibawa Menerajui Perubahan

Kepimpinan Berwibawa Menerajui Perubahan

Kepimpinan Berwibawa Menerajui Perubahan

Kepimpinan Berwibawa Menerajui Perubahan

Kepimpinan Berwibawa Menerajui Perubahan


Kepimpinan Berwibawa Menerajui Perubahan


ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 8.33 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.31 PM