Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

I Spaaa Pdrm

Diterbitkan: 12 Jun 2014 8.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
BUKIT AMAN, 20 DIS - 'i-SPAAA, ia dilihat bakal menjadi satu revolusi baru yang akan memudahkan masyarakat untuk menyampaikan aduan terhadap masalah yang mereka hadapi berkaitan isu keselamatan dan ke..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/i-spaaa-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:40 MYT

oleh : Sjn Zaiddin Dahalan, Kpl Mohd Shareel Shahriman

BUKIT AMAN, 20 DIS - "i-SPAAA, ia dilihat bakal menjadi satu revolusi baru yang akan memudahkan masyarakat untuk menyampaikan aduan terhadap masalah yang mereka hadapi berkaitan isu keselamatan dan ketenteraman awam termasuklah perkhidmatan yang diterima kepada pihak polis," kata YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara, Sempena Majlis Pelancaran Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam Bersepadu (i-SPAAA) PDRM yang telah berlangsung pagi tadi di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman.

'Integrated' Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam (i-SPAAA) adalah satu usaha PDRM untuk mewujudkan satu platform sistem pengurusan aduan awam yang seragam, bersepadu, dimudahcara oleh teknologi yang menggabungkan amalan terbaik dalam pengurusan aduan awam.

i-SPAAA merupakan satu sistem penerimaan dan pengurusan aduan awam yang dilaksanakan melalui capaian laman web yang mengamalkan amalan terbaik dalam pengurusan aduan awam berdasarkan Konsep 3R iaitu 'responding, recording dan reporting' dimana keseluruhan proses kerja boleh dipantau dengan efektif dan pengumpulan statistik boleh dijana secara 'autogenerated' dan pelbagai.

Sistem ini akan dipertanggungjawabkan kepada Unit Pengaduan/Rekod, Urus Setia KPN Integriti (Tatatertib) Bukit Aman dan akan diperluaskan keperingkat kontinjen secara berperingkat yang akan dikendalikan oleh Cawangan Tatatertib Kontinjen.

Semua aduan yang diterima oleh semua jabatan/bahagian di peringkat Bukit Aman melalui semua saluran akan di 'key in' ke dalam sistem ini dan dirujuk kepada Jawatankuasa Aduan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Urus Setia KPN Integriti (Tatatertib) Bukit Aman. 

Aduan akan dimaklumkan akuan penerimaan bersama nombor rujukan dalam tempoh masa satu (1) hari. Keputusan siasatan/tindakan yang telah diambil ke atas aduan akan dimaklumkan kepada pengadu dalam tempoh masa tiga (3) hari. Pengadu juga boleh membuat semakan status tindakan aduan awam yang telah dibuat melalui sistem ini.

Sistem i-SPAAA PDRM ini boleh dicapai terus melalui Portal PDRM (www.rmp.gov.my/ispaaa) atau melalui emel ispaaapdrm@rmp.gov.my dan talian bebas tol 1800-880-222 untuk masyarakat menyalurkan segala aduan tanpa ragu-ragu dan aduan mereka akan sentiasa dipantau dari segi tindakan dan dijamin dengan suatu tindakan penyelesaian yang munasabah.

" i-SPAAA bukan sahaja mampu meningkatkan prestasi tetapi juga secara langsung merealisasikan hasrat kita untuk merakyatkan perkhidmatan, memastikan pelanggan kita sentiasa diutamakan dan diberi layanan mesra, sebagai paksi perkhidmatan ke arah matlamat sebuah pasukan berprestasi tinggi yang berwibawa bagi memenuhi aspirasi kerajaan dan rakyat," akhiri ucapan oleh YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar.

Turut hadir dimajlis pelancaran Sistem i-SPAAA ialah Y.Bhg Datuk Dr. Mohd Tap bin Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Dato' Mahani Tan Abdullah, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, YDH Dato'- Dato' Pengarah PDRM dan Timbalan-Timbalan Pengarah serta dif-dif jemputan.

I Spaaa Pdrm
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar bersama Y.Bhg Datuk Dr. Mohd Tap bin Salleh.

I Spaaa Pdrm
Antara yang hadir.

I Spaaa Pdrm
Nyanyian Lagu Negaraku.

I Spaaa Pdrm
Antara yang hadir.

I Spaaa Pdrm
Antara yang hadir.

I Spaaa Pdrm
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar ketika menyampaikan ucapannya.

I Spaaa Pdrm
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar memotong reben simbolik perasmian.

I Spaaa Pdrm
Sekitar lawatan ke Pameran i-SPAAA PDRM.

I Spaaa Pdrm
Sekitar lawatan ke Pameran i-SPAAA PDRM.

I Spaaa Pdrm
Gambar kenangan.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 8.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM