Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kenyataan Akhbar Oleh Ydh Ig Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar

Published: 10 Jun 2014 5.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kenyataan Akhbar mengenai penangkapan 2 warga asing dan 7 kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia yang terbabit dengan sindiket penyeludupan warga asing..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kenyataan-akhbar-oleh-ydh-ig-tan-sri-haji-ismail-bin-haji-omar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:49 MYT
Bukit Aman - 13 Oktober 2010. Satu Kenyataan Akhbar yang disampaikan oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar telah diadakan di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman pada jam 1.00 tengahari hari ini.

YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar dengan rasminya telah mengumumkan pengganti tiga kekosongan jawatan Pengarah Jabatan PDRM yang bersara wajib dalam PDRM. YDH DCP Dato' Robiah binti Abd Ghani, Ketua Polis Pahang  dilantik sebagai Pengarah Pengurusan menggantikan YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj Bokhari, YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pesuruhjaya Polis Sabah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menggantikan YDH CP Dato' Zulhasnan Najib bin Baharudin, YDH DCP Dato' Syed Ismail bin Syed Azizan, Ketua Polis Kedah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menggantikan YDH CP Dato' Koh Hong Sun, mananakala jawatan Pengarah KDN/KA yang dikosongkan setelah YDH DIG Datuk Hussin Bin Hj. Ismail dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara disandang oleh Ketua Polis Selangor, YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar secara lantikan.

Selepas membuat pengumuman itu, YDH IG Tan Sri Haji Ismail mengemukakan kenyataan media mengenai penahanan 9 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960 kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan warga asing keluar dan masuk dari negara ini. Dua daripada mereka merupakan warga asing, manakala tujuh yang lain adalah kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia. Penangkapan ini sekaligus membongkar dan mengekang tidak tanduk sindiket terbabit.

Kenyataan Akhbar Oleh Ydh Ig Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar
YDH IG Tan Sri Haji Ismail Omar membuat pengumuman semasa kenyataan akhbar di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman tengahari tadi..

Kenyataan Akhbar Oleh Ydh Ig Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar
Dari kiri..YDH Pengarah Jabatan Logistik, YDH CP Datuk Mahsuri bin Zainal, YDH DIG Datuk Hussin bin Hj Ismail, YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin dan Pengarah Jabatan Petugas Khas, YDH Dato' Mohamad Fuzi bin Harun semasa Kenyataan Akhbar tengahari tadi..

Kenyataan Akhbar Oleh Ydh Ig Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar
Antara wakil-wakil media yang hadir semasa Kenyataan Akhbar oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman tengahari tadi..

ArticlePublished 10 Jun 2014 5.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM