Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kenaikan Pangkat Sejajar Dengan Kualiti Perkhidmatan Yang Akan Diberikan

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 110 anggota Jabatan Pengurusan Bukit Aman yang terdiri daripada anggota Skim Perkhidmatan Regular dan Skim Perkhidmatan Sokongan telah dinaikkan pangkat secara 'time based' ke pangkat Koperal ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kenaikan-pangkat-sejajar-dengan-kualiti-perkhidmatan-yang-akan-diberikan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:47 MYT

"Saya juga berharap kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang di masa akan datang.." - YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi

Bukit Aman , 12 Oktober
- "Anda semua pastinya telah bersedia untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang lebih berat sejajar dengan pangkat yang disandang dan ianya merupakan satu pengiktirafan pucuk pimpinan PDRM di atas prestasi kerja yang telah dipamerkan sepanjang perkhidmatan," ujar YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan, sempena Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Koperal 'Time Base', anggota Jabatan Pengurusan Bukit Aman di Perkarangan Kompleks 3, Bukit Aman, hari ini.

Seramai 110 anggota Jabatan Pengurusan Bukit Aman yang terdiri daripada anggota Skim Perkhidmatan Regular dan Skim Perkhidmatan Sokongan telah dinaikkan pangkat secara 'time base' ke pangkat Koperal pada hari ini.

Di dalam majlis ini juga, terdapat tiga upacara pemakaian pangkat iaitu Upacara Pemakaian Pangkat Pasangan Suami dan Isteri Awam, Upacara Pemakaian Pangkat Suami dan Isteri yang kedua-duanya dinaikkan pangkat dan Upacara Pemakaian Pangkat Oleh YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan 

Calon Kenaikan Pangkat Secara 'Time Base' Akan Dikeluarkan Secara Berperingkat

"Baki calon yang sesuai akan dikeluarkan secara berperingkat dalam masa terdekat dan jumlah ini akan bertambah berdasarkan kelayakan calon semasa," tambahnya lagi.

Beliau turut menyeru kepada anggota-anggota berpangkat Lans Koperal yang tidak dapat dinaikkan pangkat secara 'Time Base' kerana tidak layak secara asas, iaitu tidak lulus Perperiksaan Undang-undang Rendah Pasukan agar terus berusaha bagi menjamin kenaikan pangkat mereka pada masa akan datang.

Turut hadir dalam majlis pada hari ini, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), YDH SAC Dato' Dr. Haji Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling) dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.


Kenaikan Pangkat Sejajar Dengan Kualiti Perkhidmatan Yang Akan Diberikan
Antara sebahagian Pegawai Kanan PDRM yang hadir.

Kenaikan Pangkat Sejajar Dengan Kualiti Perkhidmatan Yang Akan Diberikan
Antara anggota yang menerima kenaikkan pangkat Koperal 'Time Based'.

Kenaikan Pangkat Sejajar Dengan Kualiti Perkhidmatan Yang Akan Diberikan
YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan  ketika bacaan doa.

Kenaikan Pangkat Sejajar Dengan Kualiti Perkhidmatan Yang Akan Diberikan
YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi ketika memberi ucapan.

Kenaikan Pangkat Sejajar Dengan Kualiti Perkhidmatan Yang Akan Diberikan
Kenaikan Pangkat Sejajar Dengan Kualiti Perkhidmatan Yang Akan Diberikan
Sesi Pemakaian Pangkat Suami dan Isteri yang kedua-duanya di naikkan Pangkat Koperal...

Kenaikan Pangkat Sejajar Dengan Kualiti Perkhidmatan Yang Akan Diberikan
Sesi Pemakaian Pangkat Oleh YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan.

Kenaikan Pangkat Sejajar Dengan Kualiti Perkhidmatan Yang Akan Diberikan
Barisan Pancaragam.

Kenaikan Pangkat Sejajar Dengan Kualiti Perkhidmatan Yang Akan Diberikan
YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi menerima cenderahati YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran).

Kenaikan Pangkat Sejajar Dengan Kualiti Perkhidmatan Yang Akan Diberikan
Penerima Pemakaian Pangkat Suami dan Isteri yang kedua-duanya di naikkan Pangkat Koperal bergambar bersama.

Kenaikan Pangkat Sejajar Dengan Kualiti Perkhidmatan Yang Akan Diberikan
Rezeki anak... KPL Tun Jahfar bersama isteri yang sedang mengandung.

Kenaikan Pangkat Sejajar Dengan Kualiti Perkhidmatan Yang Akan Diberikan
Antara penerima Kenaikkan Pangkat Koperal 'Time Based' daripada Cawangan Kem Komandan Bukit Aman.

Wartawan       :     L/Kpl Irfan Bujang
Jurufoto         :     L/Kpl Shareel & Konst. Shanter
Penyunting     :     Sjn Zaiddin.

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM