Kuala Lumpur - 17 Disember 2011, Sukan dan
PDRM kian sinonim dengan begitu banyak penganjuran temasya sukan telah
dijalankan sepanjang tahun ini dan sampai ke kemuncak dengan
berlangsungnya Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga & Tarik Tali
Piala KPN ke - 32 di Stadium Mini Bukit Jalil pada hari ini.
Memetik
kata-kata YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
dalam ucapannya di majlis ini yang menyatakan "Kejohanan pada hari ini
boleh dijadikan impetus ke arah perlaksanaan gaya hidup sihat "
menggambarkan bertapa PDRM komited dalam membina sebuah organisasi
keselamatan yang bukan sahaja tertumpu kepada penguatkuasaan
undang-undang semata-mata bahkan mementingkan aktiviti bercorak riadah
seperti sukan dan sebagainya.
Untuk itu, beliau turut menyarankan
supaya setiap anggota dalam PDRM mempunyai sifat "strike a balance" di
antara profesion dan cara hidup kerana organisasi seperti PDRM
sentiasa berhadapan dengan pelbagai tekanan luaran dan dalaman. Ini
dilihat penting supaya gaya hidup setiap anggota sejajar dengan kualiti
profesion yang maksimum di sebabkan tekanan-tekanan tersebut berjaya
diserap dengan bijak hasil gaya hidup sihat yang diamalkan.
Sepanjang
kejohanan dijalankan bermula 15 Disember hingga 17 Disember 2011,
Kontinjen Selangor menjadi Johan Kategori Keseluruhan dengan membawa
pulang 15 emas,6 perak, dan 8 gangsa, di ikuti rapat oleh PULAPOL
KL dengan 13 emas, 6 perak dan 1 gangsa selaku Naib Johan keseluruhan
manakala Kontinjen Kuala Lumpur mengisi tempat ketiga dengan 4 emas, 6
perak dan 7 gangsa disamping Kontinjen Briged Utara berpuas hati berada
di tangga keempat dengan 4 emas, 5 perak, dan 6 gangsa.
Bagi
Kategori Olahragawan dan Olahragawati terbaik bagi kejohanan kali ini
didominasi oleh atlet dari PULAPOL KL dengan menyapu bersih kedua-dua
kategori apabila Venugopal a/l Rajendran dinobatkan selaku Olahragawan
Terbaik apabila memungut emas bagi tiga acara iaitu 5000m,1500m,dan
10000m manakala Noor Amelia bt Musa diangkat sebagai Olahragawati
Terbaik dengan merangkul emas bagi acara 3000m,5000m dan 800m. Lebih
menarik apabila beliau berjaya memecahkan rekod kejohanan bagi acara
5000m dengan catatan masa 18:51.0s dan acara 800m dengan catatan masa
2:19.4s.
Paling menarik perhatian ketika upacara penutupan,
berlangsungnya akhir Tarik Tali Lelaki yang melibatkan Kontinjen Bukit
Aman bertemu Kontinjen Briged Tengah di mana dalam acara ini, Kontinjen
Bukit aman terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lawan apabila tewas
di kedua-dua babak yang berlangsung sengit dan penuh meriah dengan
sokongan padu dari para penyokong kedua-dua pasukan.
Kalah menang
bukanlah kayu pengukur sebenar kepada segalanya malahan sudah menjadi
adat dalam pertandingan, kerana sukan seharusnya dilihat dari perspektif
yang lebih positif di mana ia sebenarnya memupuk semangat setiakawan,
sifat tidak berputus asa, belajar menerima hakikat dan pelbagai lagi
nilai-nilai positif yang boleh disemaikan kedalam jiwa setiap anggota
agar menjadi panduan untuk mereka terus maju membina karier
dalam pasukan.
Turut hadir di Majlis Penutupan Kejohanan ialah
YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, YDH
CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM, YDH DCP Dato'
Mohmad bin Salleh Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Amar Singh
a/l Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dif-dif Jemputan,
Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan para hadirin yang hadir.
Keputusan rasmi setiap acara yang berlangsung.
4 x 400 meter Wanita
| KEDUDUKAN | KONTINJEN | MASA |
| JOHAN | PULAPOL K.L | 5:21.7 |
| NAIB JOHAN | K.LUMPUR | 5:06.6 |
| KETIGA | SELANGOR | 5:21.7 |
4X400 meter Lelaki
| KEDUDUKAN | KONTINJEN | MASA |
| JOHAN | SELANGOR | 3:35.7 |
| NAIB JOHAN | K.LUMPUR | 3:39.2 |
| KETIGA | PULAU PINANG | 3:47.0 |
Tarik Tali Lelaki
| KEDUDUKAN | KONTINJEN |
| JOHAN | BRIGED TENGAH |
| NAIB JOHAN | BUKIT AMAN |
| KETIGA | KUALA LUMPUR |
| KEEMPAT | PULAU PINANG |
Kategori Berpasukan Lelaki (Olahraga)
| KEDUDUKAN | KONTINJEN | MATA |
| JOHAN | SELANGOR | 204 |
| NAIB JOHAN | BRIGED UTARA | 156 |
| KETIGA | PULAPOL K.L | 97 |
| KEEMPAT | KUALA LUMPUR | 91 |
Kategori Berpasukan Wanita (Olahraga)
| KEDUDUKAN | KONTINJEN | MATA |
| JOHAN | SELANGOR | 127 |
| NAIB JOHAN | PULAPOL K.L | 101 |
| KETIGA | KUALA LUMPUR | 83 |
| KEEMPAT | BUKIT AMAN | 74 |
Berjalan Lalu Terbaik
-Kontinjen Bukit aman
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar disambut oleh YDH DCP Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar..
Nyanyian Lagu Negaraku...
Aksi peserta wanita...
Hujan bukan penghalang para Atlet beraksi....
Kecederaan sememangnya lumrah dalam bersukan...No Pain No Gain...
Siapa gagah..?Acara tarik tali yang mencuri tumpuan...
Gelagat para penyokong sepanjang kejohanan berlangsung...
Penyampaian cenderahati...
Tahniah...kontinjen Selangor selaku Juara Keseluruhan...
Wakil kontinjen Briged Tengah menerima Piala Pusingan dan pingat emas selaku juara Tarik Tali Lelaki...
Antara atlet yang dikalungkan pingat...
Olahragawan Kejohanan disandang oleh Venugopal a/l Rajendran...
Olahragawati kejohanan..saudari Noor Amelia bt Musa...
Kontinjen-kontinjen yang bersemangat....
YDH DCP Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur memberi ucapan alu-aluan...
Ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar...
Upacara menurunkan dan penyerahan bendera kejohanan...
Wartawan : Konst. Muhammad Iqtar bin Azmi
Jurufoto : L/KPL. Mohd Helmi bin Saadin
Konst. Santher Kumar a/l Sehgar
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan