Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kempen Pelancaran E Cops Di Sekolah

Diterbitkan: 10 Jun 2014 7.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
SERDANG, 21 Januari 2011- Ketua Polis Selangor, YDH DCP Dato' Hj Tun Hisan bin Dato' Hj Tun Hamzah berkata, program pelancaran Kempen diwujudkan sebagai satu langkah insentif Polis Diraja Malaysia (PD..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kempen-pelancaran-e-cops-di-sekolah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:33 MYT
Sentul, 21 Januari 2011 - YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar bersama Timbalannya, YDH Datuk Hussin Bin Haji Ismail telah mengetuai rombongan PDRM ke Masjid Saidinah Hamzah, Kampung Batu Muda, Sentul bagi menunaikan solat fardhu Jumaat di sini, hari ini.
Rombongan tersebut telah disambut oleh Pengerusi Masjid, Tuan Haji Talib Abd Rashid dan Timbalannya, Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman serta Imam Satu, Tuan Haji Ustaz Awang Mamat.
YDH Tan Sri Haji Ismail dalam ucapannya berkata, program seumpama ini adalah salah satu inisiatif PDRM mendekati masyarakat melalui institusi keagamaan.

Beliau turut menjelaskan, segelintir penduduk masih lagi rasa tidak selamat walaupun indeks jenayah telah mencapai tahap penurunan yang membanggakan.
Sehubungan itu, beliau bersetuju masjid adalah antara tempat yang sesuai untuk masyarakat dan PDRM bekerjasama dalam menyelesaikan masalah.
Dalam pada itu juga, Pengerusi Masjid, Tuan Haji Talib Abd Rashid mewakili penduduk setempat meluahkan rasa terharu atas kesudian YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar dan warga PDRM yang sudi menunaikan solat berjemaah bersama penduduk setempat dan ucapan tahniah di atas penurunan kadar indeks jenayah.
Beliau turut memberi jaminan Jawatankuasa Masjid sedia bekerjasama dengan PDRM dalam program-program pencegahan jenayah di persekitaran setempat.
Turut hadir dalam rombongan tersebut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH CP Dato' Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Noor Rashid Bin Ibrahim, SUPM Dato' Hj. Ghazali Bin Hj. Md Amin, Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Pahlawan Zulkifli Bin Abdullah, dan Ketua Polis Daerah Sentul, YDH ACP Zakaria Bin Pagan.         
Kempen Pelancaran E Cops Di Sekolah
YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara dijemput oleh AJK Masjid Saidinah Hamzah..

Kempen Pelancaran E Cops Di Sekolah
YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Hj Ismail sedang bertukar pendapat bersama AJK Masjid..

Kempen Pelancaran E Cops Di Sekolah
YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Hj Ismail menyerahkan cenderahati kepada Pengerusi Masjid Saidinah Hamzah..

Kempen Pelancaran E Cops Di Sekolah
YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara sedang mendengar Khutbah Jumaat..

Kempen Pelancaran E Cops Di Sekolah
Gambar kenangan AJK Masjid Saidinah Hamzah, Kampung Batu Muda bersama Pucuk Pimpinan PDRM..

Wartawan : L/Kpl Noor Azima binti Zakaria
Jurufoto : L/Kpl Aslam Syir Khan
Penyunting : Siti Fatimah binti Abdul Manan
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 7.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM