Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kempen Menggalakkan Penyertaan Pasukan Pdrm

Published: 09 Jun 2014 2.49 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Hadir di kempen tersebut, YDH SAC II Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, YDH ACP Kang Chez Chiang, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kempen-menggalakkan-penyertaan-pasukan-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:56 MYT

Kuala Lumpur - 29 September 2007. Kempen Menggalakkan Penyertaan Kaum Cina dalamPDRM telah diadakan di Crystal Crown Hotel, Kepong. Majlis dianjurkan oleh Pemuda Malaysian Chinese Association (MCA) Bahagian Kepong.

Hadir di kempen tersebut, YDH SAC II Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, YDH ACP Kang Chez Chiang, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, YDH ACP Dr. Yew Chong Hooi dariMakmal Forensik Maktab PDRM Kuala Lumpur serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.Hadir sama Y.Bhg. Dato' Ng Siew Hong Penasihat Kempen, Encik Hang Ching Pheng, Pengerusi Pemuda MCA, Encik Chiew Lian Keng, Pengerusi Penganjur Kempendan Encik Alvin Yap Tian Hoi, Pengerusi Penganjur Kepong 'Roadshow'.

Kempen anjuran Pemuda MCA ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai remaja berbangsa Cina menyertaiPDRM dan menyedarkan para ibubapa supaya memberi galakan dan sokongan kepada anak-anak mereka. Secara tidak langsung, ianya akan mengubah tanggapan masyarakat Cina bahawa kerjaya di dalam PDRM adalah rendah di mana anggota polis bukan lagi bergaji rendah, malah merupakankerjaya yang berpendapatan tinggi, bertanggungjawab melindungi rakyat dan menjaga keamanan negara.

Diharap kempen ini akan menambahkan peratusan rakyat berbangsa Cinamenyertai PDRM, yang mengalami sedikit sebanyak halangan dalam usaha membanteras jenayah dalam negara yang berbilang kaum ini, malahan membesarkan jurang hubungan erat antara rakyat Cina dan anggota polis.

Di majlis ini juga, diadakan dialog berkaitan kerjaya, ceramah kerjaya bersama kadet polis dan juga gerai pameran dari HEA Bukit Aman dan Muzium PDRM.

Kempen Menggalakkan Penyertaan Pasukan Pdrm
Buku Kempen Panduan Kerjaya yang akan diedarkan kepada belia-belia Cina bagi menggalakkan mereka menyertai PDRM

Kempen Menggalakkan Penyertaan Pasukan Pdrm
Majlis Dialog Kerjaya..dari kiri, YDH ACP Dr.Yew Chong Hooi, YDH SAC II Ku Chin Wah dan YDH ACP Kang Chez Chiang

ArticlePublished 09 Jun 2014 2.49 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM