Kempen Kesedaran Akibat Jenayah
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Shah Alam - 29 Ogos 2012. "I claim that human mind or human society is not divided into waterlight compartments called social, political and religious. All act and react upon one another", memetik kata-kata Mohandas Karamchand Ghandi, antara ucapan khas oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di Majlis Pelancaran 'Kempen Kesedaran Akibat Jenayah' Peringkat Kebangsaan.
'Kempen Kesedaran Akibat Jenayah' yang berlansung di Padang ADTEC, Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam pada petang ini telah dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia.
Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2006, di pengerusikan oleh Encik S.A. Vigneswaran, bertujuan untuk mewujudkan Kesatuan India Malaysia yang bersatu, berkeyakinan, beserta dengan nilai-nilai moral dan etika yang kukuh, mempunyai keahlian seramai 35,000 belia India seluruh Malaysia.
YDH Tan Sri Dato' Seri juga berkata, program kesedaran jenayah seperti ini adalah merupakan usaha proaktif yang mempunyai kesinambungan serta menjurus kepada projek pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Tidak ketinggalan, YDH Tan Sri Dato' Seri turut merakamkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, mengirim doa dan penghargaan serta menyokong tindakan Polis Diraja Malaysia demi kesejahteraan dan keselamatan negara.
Sementara itu, dalam ucapan perasmian oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, beliau menyeru belia-belia India menjadi mata dan telinga dengan menyalurkan maklumat dan kejadian jenayah kepada pihak Polis Diraja Malaysia, bersatu sebagai bangsa Malaysia untuk bersama-sama menjaga keselamatan dan ketenteraman negara.
Turut hadir di majlis tersebut ialah, YB Dato' Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia, YB Asojan, Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi MIYDF Negeri Johor, YDH DCP Datuk Tun Hisan bin Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, YDH SAC Dato' Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor serta Dif-dif jemputan.

Ketibaan YB Dato' Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia bersama YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di Majlis Pelancaran 'Kempen Kesedaran Akibat Jenayah' Peringkat Kebangsaan

Ketua Polis Negara sempat beramah mesra dengan hadirin yang hadir...

Ucapan oleh YB Asojan, Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi MIYDF Negeri Johor

YB Asojan, mengalungkan bunga malai kepada Ketua Polis Negara

Ucapan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Memberikan amanat dan kata-kata semangat kepada belia-belia India yang memenuhi khemah utama

Ucapan oleh YB Dato' Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia

Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri yang menerima tepukan gemuruh daripada hadirin...

Ucapan oleh Encik S.A. Vigneswaran, Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia

Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Menteri Dalam Negeri menunjukkan 'pamplet' You Have Been Warned-Implikasi Undang-Undang, hasil kerjasama peguam-peguam yang diedarkan untuk bimbingan kepada belia-belia India

Pelancaran Kempen Kesedaran Akibat Jenayah Peringkat Kebangsaan
Tidak ketinggalan, meraikan hari lahir YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Antara yang hadir di Majlis Pelancaran 'Kempen Kesedaran Akibat Jenayah' Peringkat Kebangsaan.

Sidang Media