Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kempen Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke 208

Published: 20 Apr 2015 1.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Subang, 18 April – Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis ke-208 yang dianjurKan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi acara wajib setiap tahun dalam membudayakan masyarakat untuk menderma darah bagi menampung bekalan darah di Pusat Darah Negara sejak tahun 1997.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kempen-derma-darah-sempena-peringatan-hari-polis-ke-208
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:06 MYT
Subang, 18 April – Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis ke-208 yang dianjurKan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi acara wajib setiap tahun dalam membudayakan masyarakat untuk menderma darah bagi menampung bekalan darah di Pusat Darah Negara sejak tahun 1997.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai penguatkuasa utama undang-undang negara, warga PDRM tidak pernah lupa menghulur tangan menderma darah.

“Kempen seperti ini juga merupakan satu khidmat dan tanggungjawab PDRM kepada masyarakat yang memerlukan.

“Lokasi program yang dipilih kali ini adalah pusat membeli belah yang menjadi tumpuan orang ramai dan ianya selari dengan tema Peringatan Hari Polis tahun ini yang merujuk kepada saling kebergantungan di antara polis dan masyarakat,” katanya dalam program yang diadakan di Subang Prade, Subang, Selangor.

DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Subang Prade serta semua pihak yang terlibat di atas kerjasama yang amat memberansangkan dalam menjayakan program derma darah kali ini.

Turut hadir adalah Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Shahriza binti Saad@Mansor, Pengarah Pusat Darah Negara, Dr. Noryati binti Abu Amin dan Pengurus Kanan Subang Prade, Encik Nik Azlan bin Nik Aman.


_MG_0008 copy
DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika menyampaikan ucapannya.

Timbalan Ketua Polis Negara Memberi Cenderahati kenagan kepada Dr. Noryati Abu Amin, Pengarah Pusat Darah Negara copy
DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan cenderahati kepada Dr. Noryati binti Abu Amin.

Dato' Muhammad Fuad Abu Zarim, Pengarah Jabatan KDNKA sedang membuat pemeriksaan darah copy
Dato' Muhammad Fuad Abu Zarim, Pengarah Jabatan KDNKA sedang membuat pemeriksaan darah.

Sekitar Lokasi Derma Darah (3) copy
Sekitar Program Derma Darah


Sekitar Lokasi Derma Darah (2) copy
Sekitar Program Derma Darah
ArticlePublished 20 Apr 2015 1.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM