Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiada Fenomena Lumpur Membuak Dan Berapi Di Jirat Cina Batu Pahat Johor

Diterbitkan: 20 Apr 2015 1.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Adalah disahkan bahawa rakaman video fenomena air berlumpur membuak-buak dan berapi yang didakwa berlaku di jirat Cina Batu 4, Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor adalah TIDAK BENAR. Malah siasatan ke atas beberapa jirat Cina di kawasan Batu Pahat gagal mengesahkan kejadian seumpama itu berlaku.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiada-fenomena-lumpur-membuak-dan-berapi-di-jirat-cina-batu-pahat-johor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:39 MYT


Adalah disahkan bahawa rakaman video fenomena air berlumpur membuak-buak dan berapi yang didakwa berlaku di jirat Cina Batu 4, Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor adalah TIDAK BENAR. Malah siasatan ke atas beberapa jirat Cina di kawasan Batu Pahat gagal mengesahkan kejadian seumpama itu berlaku.

Fenomena sedemikian wujud di daerah Pingtung, Taiwan di mana gunung berapi lumpur Wandan memuntahkan lumpur dan mengeluarkan gas asli sekali atau dua kali setahun. Kebakaran yang berlaku adalah hasil tindakan penduduk setempat membakar buang gas tersebut.

Masyarakat Malaysia dinasihatkan agar tidak menyebarkan berita-berita palsu sedemikian kerana ia boleh membangkitkan pelbagai spekulasi negatif.

ACP Datin Asmawati Ahmad
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman

19 April 2015

ArtikelDiterbitkan 20 Apr 2015 1.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM