Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kempen Balik Kampung Rumah Selamat

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.30 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Pada majlis tersebut, YDH Ketua Polis Selangor menyerahkan 'Borang Lawatan Polis' yang disediakan Persatuan Penduduk USJ Subang Jaya..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kempen-balik-kampung-rumah-selamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:36 MYT

Subang Jaya - 14 September 2008. Kempen 'Balik Kampung - Rumah Selamat' telah disempurnakan oleh YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor di Kompleks Beli-belah TheSummit Subang USJ.

Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH Dato' Jamshah bin Mustapa, Timbalan Ketua Polis Selangor, YB Puan Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya, YDH ACP Zainal Rashid bin Hj. Abu Bakar, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Tuan Hj. Mohamad Yusoff bin Ghazali, TimbalanYangDipertuaMPSJ, Encik You Kong Hean, Pengarah Summit USJ, Pegawai-pegawai kanan PDRM, wakil-wakil penduduk dan masyarakat setempat.

Pada majlis tersebut, YDH Ketua Polis Selangor menyerahkan 'Borang Lawatan Polis' yang disediakan Persatuan Penduduk USJ Subang Jaya kepada semua Ketua Polis Balai. Borang itu akan diisikan oleh anggota polis yang membuat rondaan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan memasukkan ke dalam peti surat kediaman dilawati sekitar Subang Jaya, USJ, Bandar Sunway dan Putra Heights.

Sementera itu, YDH Ketua Polis Daerah Subang Jaya pula menyerahkan 'Borang Balik Kampung' kepada wakil penduduk untuk diisi pemilik kediaman yang akan pulang dan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dan mengembalikannya kepada Balai Polis dikawasan mereka, bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan.

Program ini turut membabitkan kemudahan SJ Alert SMS (Short Messaging Service) dan EMS (Electronic Mailing Service) iaitu penyebaran maklumat berkaitan pencegahan jenayah kepada penduduk yang berdaftar. Program ini juga dijayakan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Persatuan Penduduk Subang Jaya, 'SJ Alert' Committe Members, Pejabat Adun Kinrara, Pejabat Adun Subang Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya,Neighbourhood Watch- Putra Heights dan The Summit Subang USJ.

Kempen Balik Kampung Rumah Selamat
Ucapan oleh YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor.

Kempen Balik Kampung Rumah Selamat
Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir..

Kempen Balik Kampung Rumah Selamat
Gimik pelancaran...YDH Ketua Polis Selangor menandatangani pemidang pelancaran Kempen ' Balik Kampung - Rumah Selamat '

Kempen Balik Kampung Rumah Selamat
YDH Ketua Polis Selangor menyerahkan 'Borang Lawatan Polis' kepada C/Insp Foo Teck Fong, Ketua Polis Balai USJ 8

Kempen Balik Kampung Rumah Selamat
YDH Ketua Polis Selangor menyerahkan 'Borang Lawatan Polis' kepada C/Insp Sulaiman Baputty, Ketua Polis Balai Subang Jaya (SS 17)

Kempen Balik Kampung Rumah Selamat
dari kiri...YB Puan Hannah Yeoh, Adun Subang Jaya, YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor dan YDH Dato' Jamshah bin Mustapa, Timbalan Ketua Polis Selangor di Sidang Akhbar.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.30 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM