Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kempen Balik Kampung Rumah Selamat 20140611

Published: 11 Jun 2014 6.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kempen 'Balik Kampung - Rumah Selamat' kali yang ke 10 telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara di SS18 Subang Jaya...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kempen-balik-kampung-rumah-selamat-20140611
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:42 MYT

Subang Jaya, 13 Ogos 2011.

Kempen 'Balik Kampung - Rumah Selamat' kali yang ke 10 telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara di SS18 Subang Jaya, Selangor.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato' Tun Hisan Bin Dato' Hj Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, YDH Dato' Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor, Y.Bhg Datuk Asmawi bin Kasbi, Yang DiPertua MPSJ, YB Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong, YB Loh Gwo Burne, Ahli Parlimen Kelana Jaya, YB Teresa Kok, ADUN Kinrara, YB Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya, Pegawai-pegawai kanan PDRM, wakil-wakil penduduk dan masyarakat setempat.


Kempen tahunan ini yang diselaraskan oleh Jawatankuasa SJ Alert dan kerjasama dengan PDRM adalah berkesan bagi mencegah kegiatan jenayah semasa penduduk-penduduk kawasan Subang Jaya meninggalkan rumah mereka untuk pulang ke kampung bagi cuti perayaan. Ini kerana pihak polis telah meningkatkan rondaan dan pengawasan di kawasan terbabit.


Pada majlis tersebut, YDH Ketua Polis Negara menyerahkan 'Buku Lawatan Polis' yang disediakan Persatuan Penduduk USJ Subang Jaya kepada semua Ketua Polis Balai. Borang itu akan diisikan oleh anggota polis yang membuat rondaan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan memasukkan ke dalam peti surat kediaman dilawati sekitar Subang Jaya, USJ, Bandar Sunway, Bukit Puchong dan Putra Heights.


YDH Ketua Polis Negara juga menyerahkan 'Borang Balik Kampung' kepada wakil penduduk untuk diisi pemilik kediaman yang akan pulang dan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri  dan mengembalikannya kepada Balai Polis dikawasan mereka, bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan.

Sementara itu, Majlis Berbuka Puasa Bersama YDH Ketua Polis Negara sempena Kempen 'Balik Kampung - Rumah Selamat' ini telah diadakan  di IPD Subang Jaya. Dalam majlis ini, YDH Ketua Polis Negara telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada 40 orang anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Dan Bimbingan Al-Taqwa Saujana Puchong.


Kempen Balik Kampung Rumah Selamat 20140611
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan ucapannya.

Kempen Balik Kampung Rumah Selamat 20140611
YDH Ketua Polis Negara menyerahkan 'Buku Lawatan Polis' kepada Ketua Polis Balai.

Kempen Balik Kampung Rumah Selamat 20140611
Ketua Polis Negara juga menyerahkan 'Borang Balik Kampung' kepada wakil penduduk.

Sekitar Kempen Balik Kampung - Rumah Selamat

Kempen Balik Kampung Rumah Selamat 20140611
Kempen Balik Kampung Rumah Selamat 20140611
Kempen Balik Kampung Rumah Selamat 20140611
Kempen Balik Kampung Rumah Selamat 20140611
Kempen Balik Kampung Rumah Selamat 20140611

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Polis Negara

Kempen Balik Kampung Rumah Selamat 20140611
Kempen Balik Kampung Rumah Selamat 20140611
Kempen Balik Kampung Rumah Selamat 20140611
Kempen Balik Kampung Rumah Selamat 20140611
Kempen Balik Kampung Rumah Selamat 20140611
Kempen Balik Kampung Rumah Selamat 20140611

Wartawan : L/Kpl Shareel
Jurufoto : L/Kpl Shareel & L/Kpl Helmi
Penyunting : L/Kpl Helmi

ArticlePublished 11 Jun 2014 6.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM