Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kempen Balik Kampung Musim Perayaan

Published: 10 Jun 2014 3.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ampang - 3 Septermber 2010. Satu Kempen Balik Kampung Musim Perayaan telah berlangsung di Padang Bola Sepak, Taman Kosas Ampang, Selangor..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kempen-balik-kampung-musim-perayaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:20 MYT
Ampang - 3 September 2010. Kegiatan pecah rumah kerap berlaku apabila tiba musim perayaan. Ini kerana rumah yang ditinggalkan tanpa penghuni sehingga beberapa hari.

Oleh itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah mengadakan Kempen Balik Kampung Musim Perayaan yang berlangsung di Padang Bola Sepak, Taman Kosas Ampang, Selangor. Kempen ini telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, YDH ACP Abd Jalil Hassan.

Turut hadir di majlis Kempen Balik Kampung Musim Perayaan ini adalah Encik Ee Ah Juan, Pengerusi Rukun Tetangga Taman Putra, Ampang, Encik Yusof Abu Bakar, wakil penduduk Bukit Antarabangsa, Encik Manjit Singh daripada Persatuan Pusaka Hata Industrial Park dan Encik Fauzan bin Ismail dari Pengerusi Persatuan Penduduk Ampang Indah.

Kempen ini diadakan bertujuan mengedarkan borang mengosongkan rumah kepada wakil-wakil serta penduduk di kawasan Taman Kosas sebagai langkah polis untuk meningkatkan tahap keselamatan kediaman penduduk yang akan meninggalkan rumah masing-masing sempena sambutan Hari Raya Adilfitri yang akan tiba. Di samping itu juga, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah mengagihkan bubur lambuk sambil beramah-mesra bersama penduduk sekitar Taman Kosas bagi mengeratkan lagi hubungan antara polis dengan masyarakat setempat.

Selain itu, Balai Polis Daerah Ampang Jaya juga turut menyediakan ruangan pameran gambar kejadian jenayah, pameran kenderaan balai polis bergerak dan pameran helikopter yang diterbangkan khas daripada Pangkalan Udara Sungai Besi. Para pengunjung berpeluang untuk naik dan meninjau keadaan di dalam helikopter.

Kempen Balik Kampung Musim Perayaan
YDH ACP Abd Jalil Hassan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya dan C/INSP Zahirudin bin Baharum bersama pegawai kanan Polis memulakan kempen..

Kempen Balik Kampung Musim Perayaan
YDH ACP Abd Jalil Hassan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya bersama wartawan...

Kempen Balik Kampung Musim Perayaan
Penduduk bergambar kenangan bersama YDH ACP Abd Jalil Hassan..

Kempen Balik Kampung Musim Perayaan
YDH ACP Abd Jalil Hassan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya menyerahkan borang mengosongkan rumah kepada wakil penduduk.

Kempen Balik Kampung Musim Perayaan
Pengalaman menaiki helikopter oleh pengunjung yang hadir..

Kempen Balik Kampung Musim Perayaan
Pengunjung melihat pameran yang turut di adakan

Kempen Balik Kampung Musim Perayaan
Bergambar bersama wakil-wakil penduduk..
ArticlePublished 10 Jun 2014 3.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM