Artikel
Kempen Balik Kampung Musim Perayaan Peringkat Ipd Ampang Jaya Selangor
Bersama-sama dengan peniaga-peniaga Tapak Ramadhan, bertempat Tapak Ramadhan Taman Seri Bayu, satu kempen balik kampung telah berlangsung petang ini..
Selangor - 22 Ogos 2011
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, YDH ACP Amiruddin bin Jamaluddin Abdul, dalam ucapan ringkas beliau berkata, "adalah menjadi harapan IPD Ampang Jaya serta warga polis IPD Ampang Jaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat Ampang dengan cara kami disampingmendekatkan diri dengan masyarakat supaya kita sama-sama bersatu padu bagi mengelakkan dan mencegah jenayah daripada berlaku".
Selain itu juga majlis pada petang inimemberi peluang kepada semua polis IPD Ampang Jaya khasnya untuk merapatkan silatulrahim.Di sampingitu juga, IPD AmpangJayaturutmenghadiahkancenderahati kepada pengunjung yang mengungjungi kaunter PDRMyang selesai mengisi borang balik kampung. Secaraumumnya majlisdapat mewujudkan semangat kerjasama PDRM bersama masyarakat setempat dan mengukuhkan perpaduan sesama kita.
Majlis turutdikejutkan dengan kehadiran YDH DIG Dato' Seri Khalid b. Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negarayang singgah membeli juadah berbuka puasa di mana majlis berlangsung.
Kesempatan pada majlis tersebut, PDRM khasnya IPD Ampang Jaya bersama-sama denganpeniaga-peniaga Ramadhan, bersama-samaberbuka puasa dengan masyarakat setempat sambil mengukuhkan lagi ikatan PDRM bersama masyarakat yang sedia terjalin. Majlis yang tamat pada jam 2000 hrs selesai acara membahagian cenderahati kepada penduduk setempat menjadi satu lagi acara yang bersejarah bagi IPD Ampang Jaya bagi tahun 2011.


Para pengunjung Tapak Ramadhanmengisi borang balik kampung


YDH ACP Amiruddin bin Jamaluddin, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya menyampaikan cenderahati kepada penduduk setempat

Supt. Md. Nazri bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya turut menyampaikan cenderahati

YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara ketika membeli juadah berbuka puasa sambil melawat kaunter pendaftaran borang balik kampung