Artikel
Kembara Berbasikal Pdrm 2012 Kumpulan B Port Dickson Ke Bandar Hilir
Kembara Berbasikal PDRM kumpulan B yang berlepas dari Balai Polis Pasir Panjang Port Dickson, Negeri Sembilan dan berakhir di Dataran Pahlawan, Melaka..
Melaka 21 April 2012 -
Kembara Berbasikal PDRM kumpulan B yang berlepas dari Balai Polis Pasir
Panjang Port Dickson, Negeri Sembilan dan berakhir di Dataran Pahlawan,
Melaka bermula dari jam 8.30 pagi dengan jarak perjalanan 68.3
kilometer.
Perlepasan Kumpulan Kembara Berbasikal kumpulan B dari Balai Polis Pasir Panjang disempurnakan oleh YDH SAC Dato' Osman bin Saleh, Ketua Polis Negeri Sembilan dengan diketuai oleh YDH SAC Dato' Abd Rahim bin Hj.Jaafar, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang malahan pasukan kembara turut sempat singgah di beberapa lokasi tumpuan untuk beramah mesra bersama masyarakat setempat.
Dalam kembara ini, kembara berbasikal sempat beramah mesra di beberapa kawasan sekitar Melaka termasuk di rumah seorang balu di Kampung Sungai Raya Pasir Panjang, Pengkalan Balak, Madrasah Saadatud Daren Masjid Tanah, Petronas Sungai Udang dan akhir sekali di Pantai Klebang.
Bagi aktiviti di rumah balu berkenaan, Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Dato' Osman bin Saleh menyempurnakan pembinaan rumah di samping menyerahkan kunci rumah di samping meletakkan plak program Kembara Berbasikal PDRM kepada balu berkenaan, Puan Esah binti Md Sahak.
Manakala kumpulan kembara turut singgah bersama dengan penghuni di Madrasah Saadatud Daren Masjid Tanah selain bersama-sama berjemaah menunaikan solat Zohor dengan penduduk kampung. Kemudian, majlis diserikan dengan penyampaian cek sumbangan kepada pengetua madrasah, sebanyak RM 1,000 oleh ketua kembara kumpulan B kepada Ahli Dewan Negeri Melaka, YDH Datuk Kapt (B) Hj.Ab Karim sebelum berlepas ke Petronas Sungai Udang untuk bertemu masyarakat setempat.
Lokasi terakhir sebelum tiba di Balai Polis Bandar Hilir, Kembara Zon B sempat meluangkan masa bertemu warga Pantai Klebang yang terletak lebih kurang 23km.

Balai Polis Pasir Panjang, Port Dickson.

Peserta membuat senanam sebelum perlepasan.

Ketibaan YDH SAC Dato' Osman bin Saleh, Ketua Polis Negeri Sembilan.

Bacaan doa

Rumah balu Kg.Sg.Raya Pasir Panjang.

Peserta basikal disambut oleh penduduk kampung.

Ucapan oleh YDH SAC Dato' Osman bin Saleh, Ketua Polis Negeri Sembilan.

Mengecat dinding rumah.

Meletakkan plak program Kembara Berbasikal PDRM.

Penyampaian kunci rumah dan gambar rumah sebelum dibaikpulih.
Madrasah Saadatud Daren,Masjid Tanah.

Pemasangan papan tanda Madrasah Saadatud Daren Masjid Tanah oleh YDH Datuk Kapt (B) Hj.Ab Karim

Majlis diserikan dengan penyampaian cek sumbangan kepada pengetua madrasah, sebanyak RM 1,000 oleh ketua kembara kumpulan B.

Makan tengah hari.

Peserta mengatasi masalah teknikal.

Antara peserta-peserta..
Berhenti di petronas Sg.Undang sambil beramah mesra dengan orang ramai.

Aktiviti Kembara Berbasikal PDRM ini berakhir di Balai Polis Bandar Hilir....

Wartawan/jurugambar: Konst.Santher