Kembara Basikal Pdrm 2012 Kumpulan A Jasin Ke Bandar Hilir
Melaka 21 April 2012 -
Kembara Berbasikal PDRM Zon A yang berlepas daripada Ibu Pejabat Daerah
Jasin (IPD) Jasin dan berakhir di Balai Polis Banda Hilir, bermula pada
awal pagi ini dengan jarak perjalanan sejauh 61 kilometer.
Kembara
Berbasikal Zon A yang diketuai oleh YDH SAC Dato' Azizan Abu Taat,
Komander Briged Tenggara bersama 70 anggota yang terdiri daripada wakil
kontinjen seluruh negeri bermula dari tapak perlepasan disempurnakan
oleh YDH Timbalan Ketua Polis Melaka, YDH SAC Dato' Shah Ghazali Khan.
Terdapat
lima persinggahan sepanjang laluan ini berlangsung di mana tujuan
beramah mesra dengan masyarakat. Tempat menarik yang menjadi tumpuan
kembara termasuk di Dataran 1 Malaysia di Sungai Rambai, rumah balu
Kampung Parit Putat Benteng Sungai Rambai, Pekan Merlimau, Pekan Umbai
dan Rumah Anak Yatim di Telok Mas, Melaka.
Menariknya,
selain membantu membaiki rumah balu terbabit, rombongan kembara turut
sempat bersama-sama mengecat rumah balu terbabit di samping bersama-sama
penduduk kampung dan mahasiswa daripada Fakulti Perubatan, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) memasak lemping serta kuih jemput-jemput.
Tidak
ketinggalan, ketua rombongan, YDH SAC Dato' turut menyerahkan replika
rumah kepada pemilik rumah berkenaan, puan Niah binti Seman. Setelah
hampir satu jam beramah mesra dengan penduduk kampung, peserta kembara
meneruskan perjalanan dengan singgah bertemu dengan masyarakat di Pekan
Umbai selain sempat mengagihkan cenderamata daripada PDRM kepada orang
ramai.
Perjalanan
diteruskan ke Rumah Anak Yatim Telok Mas dengan bersama-sama menunaikan
solat magrib dan menjamu makan tengah hari bersama mereka. Sebagai
kenangan, peserta kembara tidak ketinggalan bergambar dengan penghuni
rumah berkenaan sebelum meneruskan perjalanan ke Balai Polis Banda
Hilir, Melaka.
Aktiviti
Kembara Berbasikal PDRM ini berakhir di Balai Polis Banda Hilir sebelum
meneruskan perjalanan bersama peserta konvoi yang lain ke Dataran
Pahlawan pada keesokkan harinya.
Tapak Permulaan, Ketibaan Dan Aktiviti Di IPD Jasin.



Taklimat daripada Marshal Kembara.

YDH
SAC Dato' Azizan Abu Taat Komander Briged Tenggara selaku Ketua Kembara
Basikal Kumpulan A menyampaikan cenderamata kepada YDH SAC Dato' Shah
Ghazali Khan, Timbalan Ketua Polis Melaka.
Senaman Sebelum Kembara Bermula Bersama Marshal Kembara.


Pelepasan Kembara Oleh YDH SAC Dato' Shah Ghazali Khan.






Semangat berpasukan dan saling bantu-membantu.
Ketibaan Dan Aktiviti Di Pekan Merlimau.



Beramah Mesra Bersama Penduduk Pekan Merlimau.





Bergambar bersama beberapa ahli kelab berbasikal yang turut menyertai kembara.

Bersemangat.

Ketibaan Dan Aktiviti Di Dataran 1 Belia, Sg. Rambai.





Ketibaan Dan Aktiviti Di Rumah Balu, Kg. Parit Putat.




Menyiapkan Rumah.





Sesi Taklimat Dan Penyerahan Replika Kunci.



Kiri..Puan Niah binti Seman.

Penyerahan Replika Kunci.
Pemotongan Reben Dan Pemasangan Plat Kembara PDRM.


Aktiviti.










Seteelers Cycling Club, turut menyertai kembara.


Ketibaan Dan Aktiviti Di Pekan Umbai.


Beramah mesra Bersama Masyarakat Pekan Umbai.






Merlimau Riders Club yang bersama-sama menyertai kembara.
Ketibaan Dan Aktiviti Di Rumah Anak Yatim Teluk Mas.
Para peserta menunaikan solat.


Aktiviti.



Ucapan Dan Penyampaian Sumbangan.






Balai Polis Banda Hilir, Destinasi Terakhir Sebelum Ke Dataran Pahlawan.





Kembali Ke Penginapan Masing-masing.


Jurufoto & wartawan : L/Kpl Raymond