Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keldai Dadah Ditahan Polis Rampas Syabu Rm1 3 Juta

Published: 18 Jun 2014 7.57 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
Johor Bahru, 15 Jan - Polis menahan seorang wanita warga tempatan yang dipercayai menjadi keldai dadah dan merampas syabu bernilai RM1.5 juta dalam serbuan di Terminal Bas Central, Jalan Terus di sini..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keldai-dadah-ditahan-polis-rampas-syabu-rm1-3-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:56 MYT

Johor Bahru, 15 Jan - Polis menahan seorang wanita warga tempatan yang dipercayai menjadi keldai dadah dan merampas syabu bernilai RM1.5 juta dalam serbuan di Terminal Bas Central, Jalan Terus di sini pada awal bulan ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata ketika tangkapan dilakukan pada 6.30 petang, 5 Jan lepas, wanita berusia 56 tahun dan bersuamikan warga Nigeria itu baru sahaja tiba dari negara jiran.

"Hasil pemeriksaan, polis telah menemui dua bungkusan dadah jenis syabu seberat 3,405 gram yang dianggar bernilai RM1.3 juta disembunyikan dalam sebuah beg komputer yang dibawa suspek.

"Siasatan awal mendapati wanita yang bekerja sebagai pengemas bilik hotel di negara jiran itu terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dari negara jiran berkenaan ke Johor," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kejayaan itu hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor dan Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura dan kedua-dua pihak sedang mengesan suami suspek berusia 36 tahun yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Katanya wanita itu ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 7.57 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM