Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kekal Martabat Polis Kita

Published: 12 Jun 2014 1.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sepang, 21 Mei – “Penugasan kita di sana (Timor Leste) telah mendapat penghargaan atas komitmen anggota kita dalam menjalankan misi keamanan dan telah mendapat kepercayaan daripada Pertubuhan Bangsa-b..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kekal-martabat-polis-kita
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:56 MYT
Sepang, 21 Mei - ''Penugasan kita di sana (Timor Leste) telah mendapat penghargaan atas komitmen anggota kita dalam menjalankan misi keamanan dan telah mendapat kepercayaan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meneruskan beberapa siri misi selama ini,'' jelas YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA dalam ucapannya sempena Majlis Sending Off MAL-FPU (UNMIT) Briged Tenggara PGA/UNPOL PDRM ke Timor Leste di Balai Pelepasan/ Ketibaan Domestik A1, KLIA, hari ini.

Lanjutan itu, petugas-petugas yang yang akan berkhidmat di sana disarankan agar terus mengekalkan tradisi dan amalan integriti yang dipraktikkan oleh PDRM sejak dahulu lagi.

Kualiti seperti ini juga haruslah diperkasakan dengan penyaduran elemen 4P seperti yang diilhamkan oleh YDH Ketua Polis Negara selama ini.
''Nilai-nilai murni juga harus dititikberatkan sepanjang keberadaan anda di sana, berkhidmatlah dengan penuh kejujuran dan professional serta jangan lupa asal-usul anda" tambahnya.

"Jangan sekali-sekali mencemarkan imej negara, utamakan disiplin dan keselamatan anda sepanjang penugasan anda di sana" akhiri beliau.

Turut hadir pada hari ini, YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah KDN/KA (PGA, Pengurusan Sempadan/ Kawalan Keselamatan LTAB), Leftenan Kol. (Dr) Mohd Farid bin Alias dari Angkatan Tentera Malaysia, YDH SAC Dato’ Azizan bin Abu Taat, Komander Briged Tenggara PGA dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Kekal Martabat Polis Kita
Anggota MAL - FPU (UNMIT) Briged Tenggara PGA /UNPOL PDRM memasuki balai pelepasan/Ketibaan Domestik A1.

Kekal Martabat Polis Kita
Ketibaan YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA.

Kekal Martabat Polis Kita
Bacaan doa bagi memberkati majlis.

Kekal Martabat Polis Kita
Bacaan doa bagi memberkati majlis.

Kekal Martabat Polis Kita
Lafaz ikrar.

Kekal Martabat Polis Kita
Lafaz ikarar.

Kekal Martabat Polis Kita
YDH Dato' Wira Salleh Bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA menyampaikan ucapan.


Kekal Martabat Polis Kita
Tekun mendengar amanat yang disampaikan.

Kekal Martabat Polis Kita
Sesi bergambar kenangan.

Kekal Martabat Polis Kita
Kekal Martabat Polis Kita
Kekal Martabat Polis Kita
YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid beramah-mesra bersama anggota dan pegawai yang terlibat.


Wartawan    : L/Kpl Irfan bin Bujang.
Jurufoto     : L/Kpl Helmi bin Saadin & Konst. Muhammad iqtar bin Azmi.
ArticlePublished 12 Jun 2014 1.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM