Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejohanan Sukan Polis Diraja Malaysia Polis Republik Singapura 2007

Diterbitkan: 09 Jun 2014 3.17 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.30 PM
Program Integrasi PDRM/PRS ke Singapura dimana kejohanan sukan kedua-dua negara melibatkan 7 acara sukan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-sukan-polis-diraja-malaysia-polis-republik-singapura-2007
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:46 MYT

Singapura - 18 November 2007. Setiap tahun, kejohanan sukan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM)dan Polis Republik Singapura (PRS)di adakan dimanapenganjuran kejohanan tersebut dibuat secara bergilir-gilir antara PDRM dan PRS.

Pada tahun ini, Republik Singapura menjadi tuan rumah yang melibatkan sebanyak 7 acara sukan. Acara-acara yang dipertandingkan ialah golf, badminton, bola tampar, bola jaring, bola sepak terbuka, bola sepak pegawai dan tenpin bowling dengan tema " Two Forces Together In Senergy " dan bermuala pada 15 November hingga 18 November 2007.

Kontinjen Polis Diraja Malaysia diketuai oleh Chef-De Mission, YDH CP Datuk Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dengan kekuatan seramai 130 orang yang melibatkan 56 orang pegawai dan 74 orang anggota. Kontinjen PDRM telah ditempatkan di Hotel Amara dan Home Team Academy.

Kontinjen PDRM telah berkumpul seawal pagi di PULAPOL Kuala Lumpur pada 15 November dan bertolak ke Mes Pegawai-Pegawai Kanan Polis Kontinjen Johor. Majlis jamuan makan tengahari bagi meraikan Kontinjen PDRM telah disambut oleh YDH DCP Dato' Hussin Hj. Ismail, Ketua Polis Johor. Sambutan selamat datang pula di adakan di Mes Pegawai Kanan Singapura ( Senior Police Officers' Mess)dan jamuan malam di Hotel Amara sementara Majlis Makan Malam Perasmian/Penutup di East Gallery Ballroom, Suntec City

Di Singapura, kejohanan golf telah diadakan di Seletar Country Club dan Sembawang Country Club, bolasepak di Stadium Home Team Academy , bola jaring dan badminton di Multi Purpose Hall, Home Team Academy, bola tampar dan tenpin bowling di Junior Officers' Mess.

Keputusan kejohanan sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)dan Polis Republik Singapura (PRS), golf, bola tampar dan tenpin bowlingdiungguli oleh PDRM sementara PRS menjadi pemenang bagi acara bola jaring, bola sepak terbuka dan bola sepak pegawai serta badminton. Johan keseluruhan ialah Polis Republik Singapura dengankeputusan 4 - 3

Kejohanan ini diharap dapat mengeratkan silaturrahim dan memperkukuhkan lagi semangat setiakawan yang telah terjalin sekian lama dan mewujudkan keharmonian yang akan membawa kecemerlangan didalam bidang sukan kepada Polis Diraja Malaysia dan Polis Republik Singapura.

Kejohanan Sukan Polis Diraja Malaysia Polis Republik Singapura 2007
Gambar kenangan antara Polis Diraja Malaysia dan Polis Republik Singapura sebelum berlangsungnya kejohanan golf di Seletar Country Club

Kejohanan Sukan Polis Diraja Malaysia Polis Republik Singapura 2007
Pasukan Tenpin Bowling PDRM yang berjaya mengalahkan pasukan Polis Republik Singapura di ACE Bowl, Juniors Officers' Mess

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 3.17 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.30 PM