Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kejohanan Perahu Naga Piala Diraja Thai

Published: 12 Jun 2014 3.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Berdasarkan rekod kejohanan, Pasukan Lumba Perahu Naga PDRM telah berjaya melepasi kelima-lima pusingan dan peringkat separuh akhir menyaksikan pertembungan sengit dengan Pasukan Narathat yang juga me..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-perahu-naga-piala-diraja-thai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 21:49 MYT
PDRM Pertahan Kejuaraan

KUALA LUMPUR, 26 Sept- Jalur Gemilang dan Panji PDRM gah berkibar lagi ekoran kejayaan PDRM mengekalkan status juara dua tahun berturut-turut setelah menewaskan pasukan dari negara tuan rumah, Narathiwat University dalam saingan peringkat akhir Kejohanan Perlumbaan Perahu Naga Piala Diraja Thai pada 25 September 2012.

Berdasarkan rekod kejohanan, Pasukan Lumba Perahu Naga PDRM telah berjaya melepasi kelima-lima pusingan dan peringkat separuh akhir menyaksikan pertembungan sengit dengan Pasukan Narathat yang juga merupakan naib juara kejohanan tersebut pada tahun lepas di mana kelebihan masa 4 saat telah menjadi penentuan PDRM untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

Pasukan PDRM telah membariskan seramai 2 pegawai serta 18 anggota dari cawangan-cawangan PDRM dan bertanding dalam acara 12 pendayung lelaki.

Kejohanan Perahu Naga Piala Diraja Thai
Piala kemenangan yang menjadi kebanggaan...

Kejohanan Perahu Naga Piala Diraja Thai

Kejohanan Perahu Naga Piala Diraja Thai

Kejohanan Perahu Naga Piala Diraja Thai
Barisan pendayung yang telah mengharumkan nama PDRM dan negara....
ArticlePublished 12 Jun 2014 3.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM