Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keprihatinan Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 12 Jun 2014 3.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Keberanian, kesungguhan dan semangat yang tinggi ketika menjalankan tugas', itulah kata semangat oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keprihatinan-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:12 MYT

Keprihatinan Ketua Polis Negara

oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan

KUALA LUMPUR - 27 September 2012. "Keberanian, kesungguhan dan semangat yang tinggi ketika menjalankan tugas", itulah kata semangat oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara kepada kedua anggota Polis Diraja Malaysia yang tercedera terkena tembakan yang dilepaskan penjenayah di Jalan Kuchai Lama di sini semalam.

Ketua Polis Negara meluangkan masa menziarahi kedua-dua anggota polis tersebut yang ditempatkan di wad Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tengahari tadi dan keadaan mereka dilaporkan stabil walaupun terkena tembakan di perut dan leher.

Turut mengiringi beliau ialah, YDH DCP Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH DCP Dato' Abdul Samah bin Mat, Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/Perundangan),  YDH SAC Dato' Amar Singh a/l Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, YDH ACP Wan Abdul Bari bin Wan Abdul Khalid, Ketua Polis Daerah Brickfields, Pegawai-pegawai Kanan serta anggota PDRM.

Dalam kejadian petang semalam, kedua anggota polis peronda berpangkat Kopral dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dikatakan hendak memeriksa sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki empat lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Semasa kedua-dua anggota itu hendak memeriksa kenderaan tersebut selepas mengejar dari persimpangan Jalan Kuchai Lama menuju ke Sri Petaling, dua suspek telah melepaskan beberapa das tembakan, mengenai perut dan leher anggota polis sebelum melarikan diri.

Mangsa kemudiannya dihantar ke PPUM oleh anggota polis lain yang tiba di tempat kejadian dan susupek meninggalkan kenderaan kira-kira satu kilometre dari tempat kejadian.

Keprihatinan Ketua Polis Negara
Jambangan bunga dari Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negeri Kuala Lumpur dan Warga PDRM kepada kedua-dua anggota polis, semoga cepat sembuh

Keprihatinan Ketua Polis Negara
Keprihatinan Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara melawat Kpl R. Subramaniam di Wad 7U

Keprihatinan Ketua Polis Negara
Keprihatinan Ketua Polis Negara
Keprihatinan Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara melawat Kpl Nor Azlan

Keprihatinan Ketua Polis Negara
Sidang Akhbar selepas lawatan...

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 3.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM