Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejohanan Perahu Naga Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.18 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Kejohanan dwi tahunan yang bermula pada tahun 2004 ini telah menarik penyertaan sebanyak 15 buah kontinjen/ Briged dan formasi..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-perahu-naga-kayak-piala-ketua-polis-negara-2008
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:55 MYT
Pulau Pinang - 10 Ogos 2008. Kontinjen Pulau Pinang telah menjadi penganjur Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008. Kejohanan yang  bermula pada 9 hingga 10 Ogos 2008 telah di adakan di Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang .

Majlis Makan Malam Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala KPN 2008 telah di adakan di Dewan Komuniti Pangkalan Polis Marin Utara, Batu Uban Pulau Pinang pada 8 Ogos 2008. Ucapan perasmian Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala KPN 2008 oleh YDH DCP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Ketua Polis Pulau Pinang diikuti paluan gong menandakan perasmian
Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala KPN 2008.

Majlis Penutupan Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala KPN 2008 telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM. Hadir sama YDH DCP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Ketua Polis Pulau Pinang, YDH SAC I Dato' Haji Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Ahli Jawatankuasa Pengelola, Pengurus-pengurus pasukan dan para atlet.

Dalam ucapan oleh YDH Pengarah Pengurusan, beliau mengatakan bahawa aktiviti sukan di kalangan pegawai polis dan pegawai awam haruslah diadakan bagi tujuan mengeratkan lagi silaturrahim di antara warga PDRM. Aktiviti bersukan juga hendaklah dijadikan satu aktiviti 'Team Building' yang pasti akan mewujudkan persefahaman untuk melahirkan sokongan dan kerjasama sepenuhnya dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang akan membentuk suasana kerja  yang 'Stress Free, Sihat dan Berkualiti '.

Sukan Perahu Naga & Kayak yang diadakan dalam pertandingan ini jelas menunjukan setiap pasukan perlu mengawal emosi, meningkatkan semangat setiakawan dan tidak mementingkan diri bagi mencapai kejayaan sebuah pasukan. Setiap pendayung mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing  dengan tujuan yang sama bagi memastikan kejayaan pasukan.

Kejohanan dwi tahunan yang bermula pada tahun 2004 ini telah menarik penyertaan sebanyak 15 buah kontinjen/ Briged/formasi  untuk acara kayak dan 13 kontinjen/Briged/formasi telah mengambil bahagian dalam acara perahu naga. Pada tahun 2004, Johan dimenangi oleh Bukit Aman, Naib Johan Perak, Ketiga Pulapol Ayer Hitam dan Keempat, Kelantan. Tahun 2006, Johan, Perak, Naib Johan Pulapol Kuala Lumpur dan Ketiga, Bukit Aman.

Sebanyak 8 acara bagi kategori perahu naga & kayak dipertandingkan pada Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008. Acara yang dipertandingkan bagi kayak ialah Kayak Perseorangan lelaki dan wanita, Kayak Bergu lelaki dan wanita dan Kayak Bergu Campuran. Bagi acara perahu naga ialah perahu naga 12 pendayung lelaki, perahu naga 12 pendayung campuran dan perahu naga 20 pendayung lelaki. Selain itu, acara VIP, Perahu Naga 12 pendayung VIP telah dimenangi oleh pasukan Ketua Polis Pulau Pinang yang diketuai oleh YDH SAC I Dato' Haji Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang mengalahkan Pasukan Ketua Polis Negara yang diketuai oleh YDH SAC II Isa bin Munir, Komander Pasukan Polis Marin.

Keputusan Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008


Juara Keseluruhan Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008

Johan Bersama   : Kontinjen Bukit Aman dan Perak        31 mata
Tempat Ketiga    : Pulapol Kuala Lumpur                       25 mata

Juara Keseluruhan Kayak
Juara                : Pulapol Kuala Lumpur                       22 mata
Naib Juara         : Pulapol Ayer Hitam                           21 mata
Ketiga               : Bukit Aman                                     18 mata

Juara Keseluruhan Perahu Naga
Juara                : Perak                                            19 mata
Naib Juara         : Bukit Aman                                     13 mata
Ketiga               : Kuala Lumpur                                 12 mata

Kayak Perseorangan Lelaki
Johan                : Pulapol Ayer Hitam
Naib Johan         : Negeri Sembilan
Ketiga                : Briged Utara

Kayak Bergu Lelaki
Johan                : Pulapol Ayer Hitam
Naib Johan         : Pulapol Kuala Lumpur
Ketiga                : Perak

Kayak Perseorangan Wanita
Johan                : Pulapol Kuala Lumpur
Naib Johan         : Bukit Aman
Ketiga                : Johor

Kayak Bergu Wanita
Johan                : Bukit Aman
Naib Johan         : Pulapol Kuala Lumpur
Ketiga                : Perak

Kayak Bergu Campuran
Johan                : Negeri Sembilan
Naib Johan         : Pulapol Kuala Lumpur
Ketiga                : Pulapol Ayer Hitam

Perahu Naga 12 Pendayung Campuran
Johan                : Perak
Naib Johan         : Bukit Aman
Ketiga                : Kuala Lumpur

Perahu Naga 12 Pendayung
Johan                : Perak
Naib Johan         : Kuala Lumpur
Ketiga                : Bukit Aman

Perahu Naga 20 Pendayung
Johan                : Briged Utara
Naib Johan         : Perak
Ketiga                : Bukit Aman

Kejohanan Perahu Naga Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008
Sengit...pasukan Bukit Aman (lorong no.5) berjaya mengalahkan pasukan Pulapol KL dalam acara Kayak Bergu Wanita

Kejohanan Perahu Naga Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008
Juara Kayak Bergu Lelaki , Pulapol Ayer Hitam

Kejohanan Perahu Naga Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008
Perahu Naga 12 Pendayung Campuran...Johan, Perak (No.5), Naib Johan, Bukit Aman (No.3) dan Ketiga, Kuala Lumpur(No.4)

Kejohanan Perahu Naga Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008
Kayak Bergu Campuran diungguli oleh Kontinjen Negeri Sembilan, Naib Johan Pulapol Kuala Lumpur dan Ketiga, Pulapol Ayer Hitam

Kejohanan Perahu Naga Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008
Perahu Naga 12 Pendayung VIP , Pasukan Pulau Pinang diketuai oleh YDH SAC I Dato' Haji Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang (baju biru)

Kejohanan Perahu Naga Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008
Pasukan Ketua Polis Negara yang diketuai oleh YDH SAC II Isa bin Munir, Komander Pasukan Polis Marin ( pemukul gendang)

Kejohanan Perahu Naga Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008
Perahu Naga 20 Pendayung...Briged Utara (No.4) berjaya mengalahkan Perak (No.5) dan Bukit Aman (No.3)

Kejohanan Perahu Naga Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008
Kontinjen Pulapol Kuala Lumpur ditempat Ketiga Keseluruhan Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala KPN 2008

Kejohanan Perahu Naga Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008
Juara Bersama...Kontinjen Bukit Aman dan Perak

Kejohanan Perahu Naga Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008
Majlis Penutupan Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala KPN 2008 disempurnakan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.18 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM