Article
Kejohanan Perahu Naga Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008
Kejohanan dwi tahunan yang bermula pada tahun 2004 ini telah menarik penyertaan sebanyak 15 buah kontinjen/ Briged dan formasi..
Pulau Pinang - 10 Ogos 2008. Kontinjen
Pulau Pinang telah menjadi penganjur Kejohanan Perahu Naga & Kayak
Piala Ketua Polis Negara 2008. Kejohanan yang bermula pada 9 hingga 10
Ogos 2008 telah di adakan di Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang .
Majlis Makan Malam Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala KPN 2008 telah di adakan di Dewan Komuniti Pangkalan Polis Marin Utara, Batu Uban Pulau Pinang pada 8 Ogos 2008. Ucapan perasmian Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala KPN 2008 oleh YDH DCP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Ketua Polis Pulau Pinang diikuti paluan gong menandakan perasmian Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala KPN 2008.
Majlis Penutupan Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala KPN 2008 telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM. Hadir sama YDH DCP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Ketua Polis Pulau Pinang, YDH SAC I Dato' Haji Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Ahli Jawatankuasa Pengelola, Pengurus-pengurus pasukan dan para atlet.
Dalam ucapan oleh YDH Pengarah Pengurusan, beliau mengatakan bahawa aktiviti sukan di kalangan pegawai polis dan pegawai awam haruslah diadakan bagi tujuan mengeratkan lagi silaturrahim di antara warga PDRM. Aktiviti bersukan juga hendaklah dijadikan satu aktiviti 'Team Building' yang pasti akan mewujudkan persefahaman untuk melahirkan sokongan dan kerjasama sepenuhnya dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang akan membentuk suasana kerja yang 'Stress Free, Sihat dan Berkualiti '.
Sukan Perahu Naga & Kayak yang diadakan dalam pertandingan ini jelas menunjukan setiap pasukan perlu mengawal emosi, meningkatkan semangat setiakawan dan tidak mementingkan diri bagi mencapai kejayaan sebuah pasukan. Setiap pendayung mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan tujuan yang sama bagi memastikan kejayaan pasukan.
Kejohanan dwi tahunan yang bermula pada tahun 2004 ini telah menarik penyertaan sebanyak 15 buah kontinjen/ Briged/formasi untuk acara kayak dan 13 kontinjen/Briged/formasi telah mengambil bahagian dalam acara perahu naga. Pada tahun 2004, Johan dimenangi oleh Bukit Aman, Naib Johan Perak, Ketiga Pulapol Ayer Hitam dan Keempat, Kelantan. Tahun 2006, Johan, Perak, Naib Johan Pulapol Kuala Lumpur dan Ketiga, Bukit Aman.
Sebanyak 8 acara bagi kategori perahu naga & kayak dipertandingkan pada Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008. Acara yang dipertandingkan bagi kayak ialah Kayak Perseorangan lelaki dan wanita, Kayak Bergu lelaki dan wanita dan Kayak Bergu Campuran. Bagi acara perahu naga ialah perahu naga 12 pendayung lelaki, perahu naga 12 pendayung campuran dan perahu naga 20 pendayung lelaki. Selain itu, acara VIP, Perahu Naga 12 pendayung VIP telah dimenangi oleh pasukan Ketua Polis Pulau Pinang yang diketuai oleh YDH SAC I Dato' Haji Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang mengalahkan Pasukan Ketua Polis Negara yang diketuai oleh YDH SAC II Isa bin Munir, Komander Pasukan Polis Marin.
Keputusan Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008
Juara Keseluruhan Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala Ketua Polis Negara 2008
Johan Bersama : Kontinjen Bukit Aman dan Perak 31 mata
Tempat Ketiga : Pulapol Kuala Lumpur 25 mata
Juara Keseluruhan Kayak
Juara : Pulapol Kuala Lumpur 22 mata
Naib Juara : Pulapol Ayer Hitam 21 mata
Ketiga : Bukit Aman 18 mata
Juara Keseluruhan Perahu Naga
Juara : Perak 19 mata
Naib Juara : Bukit Aman 13 mata
Ketiga : Kuala Lumpur 12 mata
Kayak Perseorangan Lelaki
Johan : Pulapol Ayer Hitam
Naib Johan : Negeri Sembilan
Ketiga : Briged Utara
Kayak Bergu Lelaki
Johan : Pulapol Ayer Hitam
Naib Johan : Pulapol Kuala Lumpur
Ketiga : Perak
Kayak Perseorangan Wanita
Johan : Pulapol Kuala Lumpur
Naib Johan : Bukit Aman
Ketiga : Johor
Kayak Bergu Wanita
Johan : Bukit Aman
Naib Johan : Pulapol Kuala Lumpur
Ketiga : Perak
Kayak Bergu Campuran
Johan : Negeri Sembilan
Naib Johan : Pulapol Kuala Lumpur
Ketiga : Pulapol Ayer Hitam
Perahu Naga 12 Pendayung Campuran
Johan : Perak
Naib Johan : Bukit Aman
Ketiga : Kuala Lumpur
Perahu Naga 12 Pendayung
Johan : Perak
Naib Johan : Kuala Lumpur
Ketiga : Bukit Aman
Perahu Naga 20 Pendayung
Johan : Briged Utara
Naib Johan : Perak
Ketiga : Bukit Aman

Sengit...pasukan Bukit Aman (lorong no.5) berjaya mengalahkan pasukan Pulapol KL dalam acara Kayak Bergu Wanita

Juara Kayak Bergu Lelaki , Pulapol Ayer Hitam

Perahu Naga 12 Pendayung Campuran...Johan, Perak (No.5), Naib Johan, Bukit Aman (No.3) dan Ketiga, Kuala Lumpur(No.4)

Kayak Bergu Campuran diungguli oleh Kontinjen Negeri Sembilan, Naib Johan Pulapol Kuala Lumpur dan Ketiga, Pulapol Ayer Hitam

Perahu Naga 12 Pendayung VIP , Pasukan Pulau Pinang diketuai oleh YDH SAC I Dato' Haji Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang (baju biru)

Pasukan Ketua Polis Negara yang diketuai oleh YDH SAC II Isa bin Munir, Komander Pasukan Polis Marin ( pemukul gendang)

Perahu Naga 20 Pendayung...Briged Utara (No.4) berjaya mengalahkan Perak (No.5) dan Bukit Aman (No.3)

Kontinjen Pulapol Kuala Lumpur ditempat Ketiga Keseluruhan Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala KPN 2008

Juara Bersama...Kontinjen Bukit Aman dan Perak

Majlis Penutupan Kejohanan Perahu Naga & Kayak Piala KPN 2008 disempurnakan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM