Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kejohanan Payung Terjun Antarbangsa Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis

Published: 09 Jun 2014 1.35 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Kompleks Sukan Langkawi - 23 April 2007. Upacara Pembukaan Kejohanan Payung Terjun Antarbangsa Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis telah diadakan di Kompleks Sukan Langkawi, Kedah...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-payung-terjun-antarbangsa-sempena-sambutan-200-tahun-pasukan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:06 MYT
Kompleks Sukan Langkawi - 23 April 2007. Upacara Pembukaan Kejohanan Payung Terjun Antarbangsa Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis telah diadakan di Kompleks Sukan Langkawi, Kedah.
Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh YB Dr. Ir. Haji Nawawi Bin Haji Ahmad, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Darul Aman. Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH Dato' Mohd Najib Bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato' Mohd Amir Bin Sulaiman, Pengarah Pengurusan PDRM, YDH SAC I Dato' Robiah Abdul Ghani, YDH SAC I Dato' Mohammad Sabtu Osman, Timbalan Pengarah KDNKA (PGK), Pegawai-pegawai kanan, anggota serta masyarakat setempat.
Di upacara tersebut juga diadakan pertunjukan payung terjun, 'Gayung Perang' oleh Komando 69, pertunjukan pancaragam PDRM, pertunjukan paramotor dan juga gerai-gerai pameran dari Hal Ehwal Awam, C4i, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Rakan Cop, Muzium dan Jabatan Siasatan Jenayah. Kejohanan ini disertai 9 pasukan dengan seramai 78 orang penerjun.

Kejohanan Payung Terjun Antarbangsa Sempena Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis
ArticlePublished 09 Jun 2014 1.35 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM