Kejohanan Lawn Bowls Tenis Maksak Malaysia 2008
PULAPOL Kuala Lumpur : 16 Mei 2008. Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) telah memberi kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi pengelolaan Kejohanan Lawn Bowls & Tenis MAKSAK Malaysia 2008.
Kejohanan Lawn Bowls dan Tenis (Lelaki dan Perempuan) diharap dapat memenuhi salah satu objektif MAKSAK, iaitu melahirkan anggota Perkhidmatan Awam yang sihat, cergas, produktif, berkualiti, berdaya saing dan berdisiplin. Ia juga memberi kesempatan kepada anggota Perkhidmatan Awam dari seluruh negara untuk bertemu dan beramah mesra antara satu sama lain sebagai sebuah keluarga.
Selain itu, kecergasan dari segi mental dan fizikal juga merupakan aset yang paling penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara didalam arus pemodenan globalisasi. Ianya juga akan menjadi sebuah landasan yang ideal ke arah mewujudkan perpaduan, keharmonian dan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dikalangan kakitangan kerajaan.
Majlis Perasmian dan Makan Malam Kejohanan Lawn Bowls dan Tenis MAKSAK Malaysia 2008 telah diadakan di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur pada 16 Mei 2008 sementara Majlis Penutupan Kejohanan Lawn Bowls dan Tenis MAKSAK Malaysia 2008 di Gelanggang Tenis Jalan Duta pada 18 Mei 2008.

Ucapan Perasmian oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM bersama YDH ACP Lai Yong Heng, Pengerusi Jawankuasa Kerja Pengelola Kejohanan lawn Bowls & Tenis MAKSAK Malaysia 2008.

Memalu tiga kali 'GONG' menandakan Kejohanan Lawn Bowls & Tenis MAKSAK Malaysia 2008 telah dirasmikan

Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Kejohanan

YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari menerima cenderahati daripada Ketua Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan

YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM menyampaikan cenderahati kepada Encik Mohamad Zahri bin Haji Samingon, Setiausaha MAKSAK Malaysia