Artikel
Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara 2011
'Adalah menjadi harapan saya, kejohanan seperti ini akan terus memberi 'impetus' kepada penganjuran aktiviti sukan yang lain demi mencapai hasrat PDRM untuk te...
Melaka - 19 Jun 2011. Adalah sesuatu
yang sungguh menggalakkan apabila sukan golf semakin diminati oleh warga
PDRM dengan penyertaan seramai 350 orang peserta daripada 32 pasukan
yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara
Tahun 2011.
Kejohanan
telah berlangsung di Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia dan
kontinjen Melaka telah mendokong tanggungjawab dalam mengelolakan
kejohanan ini yang bermula pada 18 Jun 2011 dan berakhir pada 19 Jun
2011 di Ayer Keroh Country Club, Tiara Melaka Golf & Country Resort
dan Orna Golf Club.
Acara
yang dipertandingkan ialah Kategori NETT Individu, Kategori GROSS
Individu, Kategori NETT Berpasukan dan Kategori GROSS Berpasukan.
Objektif utama kejohanan golf ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi mewakili PDRM ke kejohanan di peringkat MAKSAK Kebangsaan dan juga peringkat antarabangsa seperti kejohanan 'World Police & Fire Games' yang akan berlangsung pada 26 Ogos hingga 5 September 2011 di New York. Selain itu, ia juga untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga PDRM dan mewujudkan suasana mesra di antara satu sama lain.
Majlis Penutupan Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara Tahun 2011 telah disempurnakan oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di Tiara Melaka Golf & Country Resort pada 19 Jun 2011.
"Adalah menjadi harapan saya, kejohanan seperti ini akan terus memberi 'impetus' kepada penganjuran aktiviti sukan yang lain demi mencapai hasrat PDRM untuk terus unggul di arena sukan negara dan PDRM akan memberi segala kemudahan yang perlu sebagai galakan dalam meningkatkan keupayaan seseorang ahli sukan", ucap YDH Ketua Polis Negara.
Hadir di majlis penutupan ialah tetamu istimewa, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka dan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka juga telah sudi untuk turut serta bersama warga PDRM dalam Pertandingan Golf Piala Ketua Polis Negara.
Turut hadir di majlis ini ialah Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, Y.Bhg Tan Sri Aseh bin Che Mat, Presiden Tiara Golf & Country Club, Y.Bhg Tan Sri Norian Mai, mantan Ketua Polis Negara, YB Datuk Abdul Ghaffar bin Atan, Exco Kerajaan Negeri Melaka, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH SAC Dato' Chua Chua Gee Lye, Ketua Polis Melaka merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Golf Piala KPN 2011, mantan-mantan Pengarah PDRM, Pesuruhjaya dan Ketua-ketua Polis Negaeri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta dif-dif jemputan.
Keputusan Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara Tahun 2011
Kategori NETT Individu :
Johan : SUPT. Md Najib bin Haji Sidek (Briged Sarawak)
Naib Johan : DSP M.Anuar bin Ismail (Johor)
Ketiga : Sjn Abd Karim bin Khalili (Perak)
Kategori GROSS Individu :
Johan : L/Kpl Othman bin Ahmad (MPDRM KL)
Naib Johan : Kpl Ali Shabudin bin Jidin (KDN/KA Bukit Aman)
Ketiga : Sjn Mazelan bin Hussin (PULAPOL Ayer Hitam)
Kategori NETT Berpasukan :
Johan : Briged Utara (576 mata)
Naib Johan : Kontinjen Sabah (577 mata)
Ketiga : Kontinjen Kedah (585 mata)
Kategori GROSS Berpasukan :
Johan : Kontinjen Johor (670 mata)
Naib Johan : Kontinjen Selangor (692 mata)
Ketiga : Jabatan KDN/KA (693)
Orna Golf Club
Ayer Keroh Country Club









Tiara Golf Resort








Majlis Penyampaian Hadiah











Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Edwind Indo