Article
Kejohanan Futsal Mesra Rakyat Rakan Cop Piala Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Tahun 2010
Satu Kejohanan Futsal Mesra Rakyat Rakan Cop Piala Ketua Polis Daerah Ampang Jaya telah berlangsung di Kompleks Sukan Sun Suria, Ampang Point, Selangor pagi in...
Ampang Jaya - 27 November 2010.
Kejohanan Futsal Mesra Rakyat Rakan Cop, merebut Piala Ketua Polis Daerah Ampang Jaya telah berlangsung di Kompleks Sukan Sun Suria, Ampang Point, Selangor pagi ini.
Dari 44 pasukan yang mengambil bahagian, 34 buah pasukan adalah kategori lelaki manakala 10 buah pasukan disertai oleh pasukan wanita. Kejohanan ini dibahagikan kepada 8 bahagian bagi kategori lelaki manakala 2 bahagian bagi kategori wanita dan terbuka kepada golongan remaja, persatuan penduduk, agensi kerajaan dan agensi swasta.
Bersesuaian dengan konsep 'Community Policing ', kejohanan ini berjaya mengumpul golongan remaja, belia-belia serta warga masyarakat sekitar Ampang Jaya, menambahkan lagi ikatan mesra yang telah terjalin serta mengeratkan lagi hubungan polis bersama masyarakat.
Kejohanan Futsal Mesra Rakyat Rakan Cop ini dirasmikan oleh YDH ACP Abd. Jalil bin Hassan, Ketua Polis Ampang Jaya.
"Di atas sambutan yang mengalakkan, kejohanan ini akan merupakan agenda tahunan dan dijalankan dalam bentuk liga seperti apa yang dianjurkan oleh pihak NGO sebelum ini", antara ucapan perasmian oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.
Pembuka tirai perasmian kejohanan, YDH Ketua Polis Ampang Jaya bersama Pegawai-pegawai Kanan IPD Ampang Jaya menentang kumpulan orang asli dari Kampung Kemensah, Hulu Kelang. Perlawanan sengit ini dikuasai kumpulan orang asli, Kampung Kemensah dan menang dengan jaringan 1 gol berbalas kosong.
Pertemuan terakhir pada jam 3.00 petang yang menemukan Pasukan Cawangan Khas - Pasukan Remaja Bukit Indah. Pasukan Remaja Bukit Indah menguasai perlawanan 1-0 sekaligus muncul juara bagi kategori lelaki sementara juara bagi kategori wanita dirangkul oleh PPIM Wanita, menumpaskan pasukan Pheonix FC dengan gol 1-0.
Piala kejuaraan disampaikan oleh YDH ACP Abd. Jalil bin Hassan, Ketua Polis Ampang Jaya.

YDH ACP Abd Jalil bin Hassan, KPD Ampang Jaya merasmikan Futsal Mesra Rakyat Rakan Cop Piala KPD Ampang Jaya Tahun 2010.

YDH KPD Ampang Jaya diiringi oleh ASP Khairil Izwan bin Ahmad dikenalkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertandiang.

YDH Ampang Jaya beramah mesra dengan Pasukan jemputan iaitu pasukan Orang Asli Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Ampang Jaya.

Pasukan IPD Ampang Jaya bergambar kenangan bersama Pasukan Orang Asli Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Ampang Selangor.

Tetamu dijamukan dengan makanan yang disediakan.

Pendaftaran Rakan Cop dan cabutan nombor bertuah

Perlawanan akhir yang menemukan pasukan Remaja Bukit Indah dan Cawangan Khas berkesudahan 1-0.

Pasukan PPIM Wanita dan pasukan Pheonix FC dalam pertemuan akhir berkesudahan 1-0.

Pasukan juara bergambar kenangan bersama YDH KPD Ampang Jaya.