Kejohanan Bowling Piala Pengarah Jabatan Kdn Ka
Petaling Jaya - 22 Disember 2011
Pertandingan Sukan Bowling antara semua cawangan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam telah berlangsung di Pyramid Mega Lanes, Sunway Pyramid Centre, Bandar Sunway, Selangor petang ini.
Sebanyak 9 pasukan dari setiap Cawangan KDN/KA Bukit Aman iaitu Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Cawangan Trafik, Pasukan Simpanan Persekutuan, Unit Tindakan Khas, Gerakan Marin, Unit Udara Polis, Pengurusan Sempadan, Pentabdiran Dan Pembangunan/Bekalan serta Cawangan Gerakan KDN/KA telah mengambil bahagian. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Kategori Terbaik Individu (VIP, Lelaki dan Wanita), Kategori Terbaik Berkumpulan (VIP, Pegawai, Anggota dan PERKEP) dan Ketegori Score Tertinggi Keseluruhan.
Pertandingan bowling yang di adakan pada setiap tahun ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan Pegawai-pegawai Kanan dan semua anggota di antara cawangan di dalam jabatan. Bertemakan 'Polis Sihat Masyarakat Selamat', pertandingan berlangsung dalam suasana harmoni, ceria dan semangat kesukanan.
Setelah selesai pertandingan, majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kententeraman Awam, YDH Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan selaku Pengerusi Penganjur kejohanan bowling serta Y.Bhg Datin Puziah binti Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA.
Kejohanan turut diserikan lagi dengan kehadiran YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah KDN/KA (PGA/Pengurusan/Sempadan/Kawalan Sempadan), YDH SAC Dato' Mohd Sueb bin Abdullah, Timbalan Pengarah II KDN/KA, YDH SAC Dato' Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Pasukan Gerakan Am (Briged Tengah), YDH SAC Dato' Kamarulzaman bin Md Jan, Komander Unit Udara Polis, Pegawai Kanan Polis, Anggota Polis dan Ahli-ahli PERKEP Jabatan KDN/KA.
Berikut adalah senarai keputusan Kejohanan Bowling Jabatan KDN/KA bagi tahun 2011 :-
Kategori Individu VIP
| 1. | YDH SAC Kamarulzaman bin Md Jan | 428 |
| 2. | Supt. Hassan Basri | 423 |
| 3. | Supt. Sulaiman | 415 |
Kategori Individu (Lelaki)
| 1. | Insp. Ahmad Hairohman | 659 |
| 2. | Kpl. Axrul Syah | 577 |
| 3. | Kpl. Mohd Nor | 575 |
Kategori Individu (Perempuan)
| 1. | Norhana Taufik | 572 |
| 2. | Datin Rosmi | 477 |
| 3. | Kpl. Fadzilah | 427 |
Kategori Berkumpulan (VIP)
| 1. | Kumpulan 5 | YDH SAC Kamarulzaman, Insp. Nooriman, Supt. Mohamad, Supt. Hassan. | 1478 |
| 2. | Kumpulan 6 | Supt. Sulaiman, Supt. Ruslan, DSP Md Dali, ASP Ibrahim. | 1393 |
| 3. | Kumpulan 1 | YDH CP Dato’ Salleh, Supt. Zabidi, SAC Dato Mohd Rozi, ACP Zahari Ahmad. | 1226 |
Kategori Kumpulan (Pegawai)
| 1. | Briged Tengah Pasukan Gerakan Am | 1915 |
| 2. | Unit Tindakan Khas | 1768 |
| 3. | Unit Udara Polis | 1635 |
Kategori Kumpulan (Anggota)
| 1. | Cawangan Trafik | 1985 |
| 2. | Briged Tengah Pasukan Gerakan Am | 1918 |
| 3. | Pasukan Simpanan Persekutuan | 1916 |
Kategori Kumpulan (PERKEP)
| 1. | Briged Tengah Pasukan Gerakan Am | 1674 |
| 2. | Gerakan Marin | 1587 |
| 3. | Pasukan Simpanan Persekutuan | 1431 |
Kategori Terbaik Keseluruhan
| 1. | Briged Tengah Pasukan Gerakan Am | 5507 |
| 2. | Cawangan Trafik | 4762 |
| 3. | Pasukan Simpanan Persekutuan | 4756 |

Gimik pembukaan oleh YDH Pengarah KDN/KA



YDH Pengarah Jabatan KDN/KA diperkenalkan kepada Ketua Pasukan
Gambar sekitar kejohanan






Antara yang mengambil bahagian











Barisan Urusetia yang melicinkan perjalanan kejohanan bowling
Penyampaian hadiah kepada para pemenang








Terbaik kategori Individu lelaki... Insp. Ahmad Hairohman

Terbaik kategori individu wanita... Norhana Taufik

Terbaik kategori individu VIP... YDH SAC Kamarulzaman bin Mat Jan



Juara keseluruhan kejohanan... Briged Tengah Pasukan Gerakan Am



Antara peserta yang paling bertuah di dalam Cabutan Bertuah

Ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan oleh YDH Pengarah Jabatan KDN/KA

Penyampaian cenderahati kenangan
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo & Konst. Santher Kumar a/l Sehgar