Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejohanan Badminton Perkep Malaysia 2009

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Selari dengan motto PERKEP ' Keluarga Bahagia, Pasukan Sejahtera' , kesihatan dan kecergasan yang terjaga harus disemai dan dijadikan sebagai amalan hidup, kehidupan yang bahagia dengan tubuh badan ya..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-badminton-perkep-malaysia-2009
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:29 MYT

PULAPOL KL - 25 November 2009. Kejohanan Badminton PERKEP Malaysia 2009 telah di adakan di Dewan Badminton PULAPOL Kuala Lumpur bermula dari 22 hb hingga 25 November 2009.

Perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara pada 22 November 2009

Hadir sama ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan isteri serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM

Turut hadir ialah YBhg Puan Sri Juriah Bt Dato' Haji Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia, YBhg Puan Sri Hajah Suriati Bt Md Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia dan YBhg Datin Cindy Koh, Pengerusi Biro Sukan PERKEP Malaysia merangkap Pengerusi Kejohanan Badminton PERKEP Malaysia 2009.

Acara-acara yang dipertandingkan ialah Bergu Pemimpin dan Berpasukan. Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) seperti yang diluluskan oleh Persatuan Badminton Malaysia.

Penganjuran kejohanan ini adalah usaha untuk meningkatkan hubungan di kalangan para atlit. Para pemain akan dapat berkenal-kenalan di antara satu sama lain disamping memupuk serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persefahaman yang sememangnya telah sedia wujud di kalangan ahli-ahli PERKEP.

Selari dengan motto PERKEP 'Keluarga Bahagia, Pasukan Sejahtera' , kesihatan dan kecergasan yang terjaga harus disemai dan dijadikan sebagai amalan hidup, kehidupan yang bahagia dengan tubuh badan yang sihat akan dapat dilihat menerusi penampilan yang ceria dan seterusnya akan membentuk keluarga PDRM yang bahagia. Keluarga bahagia adalah penyumbang utama kepada sebuah pasukan yang kuat, mantap dan berwibawa.

Kejohanan ini dibahagikan kepada 4 kumpulan :

Kumpulan A - Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Briged Tengah PGA

Kumpulan B - Kedah, Pahang, Kelantan dan Briged Utara PGA

Kumpulan C - Selangor, PULAPOL KL, Briged Sabah PGA dan Briged Tenggara PGA

Kumpulan D - Bukit Aman, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Terengganu

Bergu Pemimpin adalah isteri kepada Pegawai Kanan Polis dan ahli PERKEP (tidak termasuk beliawanis) di dalam kontinjen atau jabatan masing-masing yang berumur 40 tahun ke atas.

Bagi acara Bergu Berpasukan terdapat tiga beregu dan perlawanan diperingkat awal akan dijalankan secara ‘round robin’ dan menggunakan sistem kiraan 21 mata dan pemenang ditentukan oleh 'Best of three set'.

Setiap kontinjen hanya dibenarkan mengemukakan satu penyertaan bagi acara Beregu Pemimpin dan satu penyertaan bagi acara Beregu Berpasukan. Bagi Kontinjen Bukit Aman, penyertaan Beregu Pemimpin adalah terdiri daripada setiap jabatan serta dari kumpulan Pengerusi dan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.

Keputusan Pertandingan Badminton PERKEP Malaysia 2009

Bergu Pemimpin
Johan            - Datin Norina bt Che Mat / S/I Liew Siew Nging (Pulau Pinang)
Naib Johan     - Datin Russidah bt Idrus / Puan Asmah Mohamad (Pahang)
Ketiga            - Johor dan Perak

Bergu Berpasukan
Johan            - Briged Tenggara PGA
Naib Johan     - Bukit Aman
Ketiga            - Johor dan Negeri Sembilan

Pemain paling berpotensi ialah Puan Kamsinah bt Mohd Shah dari Briged Tenggara PGA dan Briged Tenggara PGA juga memenanggi Perbarisan Terbaik pada hari itu.

Kejohanan Badminton Perkep Malaysia 2009
Ucapan melafazkan Ikrar Kejohanan

Kejohanan Badminton Perkep Malaysia 2009
 YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan diperkenalkan kepada Pengurus pasukan dan penyampaian cenderamata

Kejohanan Badminton Perkep Malaysia 2009
Sebanyak 17 pasukan telah mengambil bahagian di Kejohanan Badminton PERKEP Malaysia 2009

Kejohanan Badminton Perkep Malaysia 2009
Pertandingan Akhir Bergu Pemimpin antara Pulau Pinang dan Pahang

Kejohanan Badminton Perkep Malaysia 2009
Pengadil pertandingan menyemak nama pemain sebelum pertandingan akhir Bergu Berpasukan antara Bukit Aman (kiri) dan Briged Tenggara PGA

Kejohanan Badminton Perkep Malaysia 2009
Kontinjen Pahang bersama YDH DCP Dato' Robiah bt Abd. Ghani, Ketua Polis Pahang

Kejohanan Badminton Perkep Malaysia 2009
Kontinjen Pulau Pinang, Johan Bergu Pemimpin

Kejohanan Badminton Perkep Malaysia 2009
YBhg. Puan Sri Juriah Bt Dato' Haji Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia bergambar kenangan bersama kontinjen Bukit Aman

Kejohanan Badminton Perkep Malaysia 2009
Tahniah dan syabas...Briged Tenggara PGA , Johan Berpasukan, Perbarisan Terbaik dan pemain terbaik

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM