Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Terima Sumbangan Van Jenazah

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sumbangan van jenazah jenis Toyota Hiace dengan peralatan yang bernilai RM130,000 ribu itu diterima oleh YDH Ketua Polis Negara bagi pihak Persatuan Penghuni Rumah Kediaman PDRM Hulu Kelang..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-terima-sumbangan-van-jenazah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:10 MYT

Kuala Lumpur - 25 November 2009. Majlis Penyerahan Sumbangan Van Jenazah antara Encik Abd. Malek bin Othman, Pengarah Urusan Leader's Splendour Media Sdn. Bhd dan YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara telah berlangsung di Dewan Melati, Perumahan PDRM Kelompok Melati, Hulu Kelang.

Sumbangan van jenazah jenis Toyota Hiace dengan peralatan yang bernilai RM130,000 ribu itu diterima oleh YDH Ketua Polis Negara bagi pihak Persatuan Penghuni Rumah Kediaman PDRM Hulu Kelang.

Syarikat Leader's Splendour Media Sdn. Bhd merupakan syarikat yang menerbitkan majalah Suara Persatuan Penghuni Rumah Kediaman PDRM Hulu Kelang.

Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara , YDH CP Dato' Mashuri bin Zainal, Pengarah Jabatan Logistik, YDH SAC II Dato' Azri bin Haji Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Pengangkutan) dan Sub Inspektor Ismail bin Md. Zin, Pengerusi Persatuan Penghuni Rumah Kediaman PDRM Hulu Kelang.

Turut hadir, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penghuni Rumah Kediaman PDRM Hulu Kelang dan penduduk Kelompok Melati.

Kpn Terima Sumbangan Van Jenazah
YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara menerima replika kunci van jenazah dari Encik Abd. Malek bin Othman, Pengarah Urusan Leader's Splendour Media Sdn. Bhd

Kpn Terima Sumbangan Van Jenazah
 YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara menepung tawar van jenazah yang disumbangkan oleh Syarikat Leader's Splendour Media Sdn. Bhd

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM