Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azl

Published: 10 Jun 2014 5.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah berkenan mencemar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tuanku Duli Yang Teramat Mulia menunaikan s..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keberangkatan-duli-yang-teramat-mulia-raja-muda-perak-darul-ridzuan-raja-nazrin-shah-ibni-sultan-azl
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:19 MYT
Bukit Aman - 15 Oktober 2010. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah berkenan mencemar Duli ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tuanku Duli Yang Teramat Mulia telah menunaikan sembahyang Jumaat bersama-sama dengan warga PDRM petang ini.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah disambut oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato' Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH CP Datuk Akhil bin Bulat, Pengarah Cawangan Khas, YDH CP Datuk Mashuri bin Zainal, Pengarah Jabatan Logistik, YDH DCP Dato' Othman bin Harun, Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (Risikan/Operasi), Dato'-dato', Pegawai-pegawai Kanan dan anggota PDRM.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada petang ini telah membuktikan keprihatinan pemerintahan kerajaan negeri terhadap pengorbanan warga PDRM di dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan negara sentiasa terjamin. Selesai menunaikan sembahyang Jumaat, Tuanku berkenan bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat pulang.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azl
YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali bersama YDH DCP Dato' Othman bin Harun.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azl
Ketibaan YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azl
Ketibaan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azl
YDH Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara menunggu keberangkatan Tuanku.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azl
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azl
Menunaikan sembahyang jumaat di Masjid Bukit Aman.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azl
Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara dan Pegawai Kanan Polis.

ArticlePublished 10 Jun 2014 5.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM