Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kebajikan Ke Arah Pembangunan Kerjaya Wanita Dalam Pdrm

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kerjaya polis wanita pada masa kini kian mencabar dari aspek fizikal, mental dan keselamatan diri. Justeru, adalah perlu setiap polis wanita membuat pertimbangan antara kerjaya dan kehidupan (work-lif..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kebajikan-ke-arah-pembangunan-kerjaya-wanita-dalam-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:28 MYT

Langkawi - 28 Jun 2012

Kerjaya polis wanita pada masa kini kian mencabar dari aspek fizikal, mental dan keselamatan diri. Justeru, adalah perlu setiap polis wanita membuat pertimbangan antara kerjaya dan kehidupan (work-life balance).

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita telah menganjurkan seminar bertemakan Kebajikan Ke Arah Pembangunan Kerjaya Wanita Dalam PDRM pada 25 hingga 28 Jun 2012. Seminar yang diadakan di Mess Pegawai Kanan, Pasir Hitam, Langkawi ini disertai oleh 30 orang pegawai polis wanita dari seluruh negara.

Antara objektif seminar ialah untuk memantapkan peranan Polis Wanita selari dengan inspirasi PDRM dan kerajaan, memperkasakan perkidmatan melalui bimbingan dan sokongan serta mengeratkan hubungan silaturrahim dalam persekitaran yang mesra dan selesa.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Zubaidah bt Md Ismail, Timbalan Pengarah 1 Jabatan Logistik Polis Diraja Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pembangunan Pengurusan Polis Wanita. Turut hadir di majlis tersebut adalah SAC Dato' Aishah bt Mohammad, SAC Dato' Fatimah bt Ghazali, SAC Dato' Yong Lei Choo, SAC Nahariah bt Hussein dan SAC Hjh Siti Rohana bt Hj. Ahmad.

Kebajikan Ke Arah Pembangunan Kerjaya Wanita Dalam Pdrm
Antara 30 orang pegawai polis wanita yang menghadiri seminar.


Kebajikan Ke Arah Pembangunan Kerjaya Wanita Dalam Pdrm
Antara peserta seminar yang hadir.


Kebajikan Ke Arah Pembangunan Kerjaya Wanita Dalam Pdrm
Ucapan aluan daripada YDH SAC Hajah Siti Rohana bt Haji Ahmad, merangkap pengerusi seminar Jawatankuasa
Kebajikan Pembangunan Pengurusan Polis Wanita. 

Kebajikan Ke Arah Pembangunan Kerjaya Wanita Dalam Pdrm
Prof Madya Dr. Junaenah bt Sulehan menyampaikan syarahan kepada para peserta seminar.

Kebajikan Ke Arah Pembangunan Kerjaya Wanita Dalam Pdrm
Sesi soal jawab bersama peserta seminar.

Kebajikan Ke Arah Pembangunan Kerjaya Wanita Dalam Pdrm
Antara VVIP yang hadir Majlis Penutupan Seminar.  

Kebajikan Ke Arah Pembangunan Kerjaya Wanita Dalam Pdrm
YDH DCP Dato' Zubaidah bt Md Ismail memberi kenyaatan balas terhadap isu yang dibentangkan.

Kebajikan Ke Arah Pembangunan Kerjaya Wanita Dalam Pdrm
YDH DCP Dato' Zubaidah bt Md Ismail menyampaikan cenderahati kepada Prof Madya Dr. Junaenah bt. Sulehan, pensyarah jemputan.

Kebajikan Ke Arah Pembangunan Kerjaya Wanita Dalam Pdrm
Dato' Zubaidah bt Md Ismail menyampaikan cenderahati kepada YDH SAC Hjh Siti Rohana bt Hj. Ahmad, Pengerusi Seminar.

Kebajikan Ke Arah Pembangunan Kerjaya Wanita Dalam Pdrm
Kebajikan Ke Arah Pembangunan Kerjaya Wanita Dalam Pdrm
Kebajikan Ke Arah Pembangunan Kerjaya Wanita Dalam Pdrm
Penyampaian sijil penyertaan kepada peserta seminar.

Kebajikan Ke Arah Pembangunan Kerjaya Wanita Dalam Pdrm
Sesi bergambar kenangan bersama YDH DCP Dato' Zubaidah bt Md Ismail.

Wartawan : Insp. Doris Mayau
Jurufoto : Insp. Doris Mayau dan Cawangan Khas Bukit Aman

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM