Article
Ke Arah Peningkatan Kualiti Dan Kendiri Polis Wanita
Seiring dengan itu, polis-polis wanita perlu mendepani isu-isu serta permasalahan yang kompleks seperti tekanan kerja, isu kekeluargaan, saingan antara jantina...
Bukit Aman, 17 Okt – Sumbangan kaum
wanita dalam bidang kepolisan telah bermula seawal tahun 1950-an di mana
penglibatan mereka pada ketika itu adalah sebagai 'home guard'. Selari
dengan peredaran teknologi semasa, peranan dan cabaran sebagai polis
wanita sentiasa berubah dan menuntut keperluan, ilmu dan jati diri yang
mantap.
Golongan polis wanita semakin menempa nama dalam dunia penguatkuasaan undang-undang yang selama ini dimonopoli oleh kaum lelaki.
Seiring dengan itu, polis-polis wanita perlu mendepani isu-isu serta permasalahan yang kompleks seperti tekanan kerja, isu kekeluargaan, saingan antara jantina dan lain-lain lagi sebagai proses dalam mengimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian mereka demi memantapkan integriti diri sendiri dan pasukan.
Atas kesedaran ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan beberapa inisiatif serta program khusus bagi pemantapan kerjaya polis-polis wanita di Malaysia.
Hari ini, bertempat di Dewan Theatrette Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, telah berlangsung dua sesi ceramah daripada Unit Psikologi, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri dan MIMOS Berhad yang berobjektifkan memberi kesedaran kepada polis-polis wanita terhadap hak dan badan yang bertanggungjawab menangani isu yang berkaitan kerjaya wanita dalam pasukan serta pendedahan langkah-langkah yang patut diambil bagi mengatasinya.
Program pada hari ini telah dihadiri oleh YDH SAC Dato' Aishah Bt Mohammad, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Maklumat Sumber Manusia) merangkap Jawatankuasa Kerjaya Pengurusan Polis Wanita, Pegawai-pegawai , anggota serta Pegawai Awam Wanita PDRM.

Bacaan Doa.

Bacaan Doa.

Bacaan Doa.

Bacaan Doa.

DR Raja Kamariah Bt. Raja Mohd Khalid dari Unit Psikologi, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri ketika memberikan ceramah.

Sekitar ceramah.

Sekitar ceramah.

Sekitar ceramah.

SAC Dato' Aishah Bt Mohammad memberikan cenderahati kepada DR Raja Kamariah Bt. Raja Mohd Khalid.

Dr. Haniza Yon, Pengarah Psychometrics Cluster,Mimos Berhad ketika memberikan ceramah.

SAC Dato' Aishah Bt Mohammad memberikan cenderahati kepada Dr. Haniza Yon.