Artikel
Dvd Haram Op Cantas Jsjk Catat Kejayaan
Kuala Lumpur, 11 Okt – Pasukan Polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama Pasukan Polis JSJK dari Kontinjen Selangor, Kuala Lum...
Kuala
Lumpur, 11 Okt - Pasukan Polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah
Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama Pasukan Polis JSJK dari Kontinjen
Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan telah melancarkan "OP cantas
JSJK" bermula dari 26 Sepetember hingga 11 Oktober yang lalu bagi
mengesan dan menangkap suspek-suspek yang terlibat di dalam kegiatan
penjualan DVD/VCD dan juga kes-kes penipuan serta pecah amanah jenayah.
Dalam serbuan yang dilakukan di sebuah premis di Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur, pihak polis telah menangkap dua orang lelaki Bangladesh yang berumur dari 23 hingga 33 tahun bersama rampasan 11,106 keping DVD, wang tunai RM3,100, 34,729 paket pelbagai jenis ubat dan 450 karton rokok jenama Modeng.
Dalam serbuan berasingan di 5 buah premis di Subang Jaya dan Puchong, seramai 3 lelaki dan seorang wanita ditangkap bersama rampasan 11,177 keping DVD lucah dan DVD tanpa Sijil B bersama wang tunai berjumlah RM635.00.
Sementara itu di Negeri Sembilan, seramai 14 orang suspek berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun telah berjaya ditangkap dalam operasi ini menyaksikan sebanyak 17 kes berkenaan aktiviti penjualan DVD haram ini berjaya diselesaikan.
Kesemua suspek yang ditangkap telah dibawa dan dituduh di mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Penapisan Filem, Pecah Amanah, memiliki DVD/VCD Lucah dan kes Penipuan.

Sidang media JSJK dikendalikan oleh Dato' SAC Dato' Mohd Rodwan Bin Mohd Yusof, TIM PGH II JSJK.

Dato' SAC Dato' Mohd Rodwan Bin Mohd Yusof menunjukkan antara hasil-hasil rampasan.

Antara hasil-hasil rampasan.