Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kdymm Sultan Pahang Berangkat Menyaksikan Kursus Litupan Keselamatan

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ulu Kinta, 10 Februari 2009 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, mencemar duli berangk..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kdymm-sultan-pahang-berangkat-menyaksikan-kursus-litupan-keselamatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:48 MYT

Ulu Kinta, 10 Februari 2009 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, mencemar duli berangkat ke Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, Perak menyaksikan Kursus Litupan Keselamatan.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah, telah disambut oleh YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Timbalan Ketua Polis dan seterusnya diiringi ke Pentas Diraja di Dataran Kawat, Briged Utara PGA, menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan.

Seterusnya Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah berangkat ke Litar Rentas dan menyaksikan persembahan demonstrasi Rentas Halangan. Kemudiannya Tuanku berangkat ke Rumah CQB dan menyaksikan persembahan tembak jarak dekat.

"Seramai 42 orang yang terdiri daripada 4 pegawai dan 38 anggota Pengawal Peribadi dan Pengiring Rapat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, sedang dilatih di Markas Pasukan Gerakan Am Briged Utara PGA di bawah bimbingan 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK)".

"Kursus Litupan Keselamatan tersebut merupakan siri yang ke 13 kepada para Pengawal Peribadi dan Pengiring Rapat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, bermula sejak dari tahun 1997".

Demikian ujar Tan Sri Haji Ismail Haji Omar ketika mempersembahkan ucapan di Mess Pegawai Kanan yang turut dihadiri oleh YDH Dato' Muhammad Fuad Abu Zarim Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGK) dan YDH Dato' Azman Yusof Komander Pasukan Gerakan Am, Briged Utara PGA.

Latihan yang disusun atur merangkumi latihan jasmani, tembak secara offensif dan defensif serta formasi kawalan.

Kdymm Sultan Pahang Berangkat Menyaksikan Kursus Litupan Keselamatan
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ria'ayatuddin Al-Mu’adzam Shah disambut oleh YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar Timbalan Ketua Polis Negara

Kdymm Sultan Pahang Berangkat Menyaksikan Kursus Litupan Keselamatan
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah diperkenalkan kepada peserta Kursus Litupan Keselamatan dengan diiringi oleh Tan Sri Haji Ismail

Kdymm Sultan Pahang Berangkat Menyaksikan Kursus Litupan Keselamatan
Bergambar kenangan bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ria'ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM